Terjemah Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram

Nama kitab: Terjemah Ibanatul Ahkam (Ibanah Al-Ahkam) Syarah Bulughul Maram Judul kitab asal: إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام في شرح أحاديث الأحكام Pengarang: Alawi Abbas Al-Maliki ( السيد علوي بن عباس المالكي) dan Hasan Sulaiman An-Nuri (حسن سليمان النوي) Penerjemah: Nor Hasanuudin H.M. Fauzi Bidang studi: Hadits hukum Download (pdf):
Terjemah Ibanatul Ahkam
Nama kitab: Terjemah Ibanatul Ahkam (Ibanah Al-Ahkam) Syarah Bulughul Maram, Bulugh al-Maram
Judul kitab asal: Ibanah al-Ahkam Sharh Bulugh al-Maram fi Sharh Ahadith al-Ahkam ( إبانة الأحكام شرح  بلوغ المرام في شرح أحاديث الأحكام
Pengarang: Sayid Alawi bin Abbas Al-Maliki ( السيد علوي بن عباس المالكي)
dan Hasan Sulaiman An-Nuri (حسن سليمان النوي)
Penerjemah: Nor Hasanuudin H.M. Fauzi
Bidang studi: Hadits hukum

Daftar Isi
  1. Download Terjemah Ibanah
  2. Download Terjemah Bulughul Marom
  3. Mukaddimah 1
  4. Mukaddimah 2
  5. Kaidah-Kaidah Ilmu Hadis
  6. Pembukuan Hadis dan Penjelasan Jalur-Jalurnya
  7. Keutamaan Pembukuan Hadis dan Jawaban Terhadap Larangan Mengenainya
  8. Penjelasan Istilah-Istilah Ilmu Hadis
  9. Istilah-Istilah Hadis
  10. Hadis Mutawatir dan Ahad
  11. Hadits Sahih, Hasan, Dhaif
  12. Hadis Masyhur, Aziz, Gharib
  13. Hadis Maqbul dan Mardud
  14. Hadits Maqbul: Sahih dan Hasan
  15. Hadits Maqbul: Muhkam, Mukhtalaf, Nasikh, Rajih
  16. Hadits Mardud: mu‟allaq, mursal, mu‟adhdhal, munqathi‟ dan mudallas
  17. Hadits Mardud: maudhu‟, matruk, munkar dan mu'allal
  18. Hadits Muallal: Mudraj Matan dan Mudraj Isnad
  19. Hadits Mubham, Mubtadi', Syadz, Mukhtalath
  20. Pembagian Hadis
  21. Jenis-Jenis Riwayat
  22. Ungkapan Menyampaikan Hadis
  23. Empat Peringkat Urutan Adil
  24. Lima Peringkat Urutan Tajrih (Celaan) 
  25. Kitab Hadits lain:
    1. Terjemah Shahih Bukhari
    2. Terjemah Shahih Muslim
    3. Terjemah Sunan Abu Dawud
    4. Terjemah Sunan Tirmidzi
    5. Terjemah Sunan Nasa'i
    6. Terjemah Sunan Ibnu Majah 
    7. Terjemah Sunan Musnad Ad-Darimi
    8. Terjemah Muwatta Malik
    9. Terjemah Musnad Ahmad
    10. Terjemah Arbain Nawawi 
    11. Terjemah Bulughul Maram
    12. Terjemah Ibanatul Ahkam (Syarah Bulughul Maram)
    13. Terjemah Riyadhus Shalihin
    14. Terjemah Fathul Bari Syarah Bukhari
    15. Terjemah Al-Adzkar Nawawi
  26.  Kitab Ilmu Hadits
    1. Terjemah al-Baiquniyah
    2. Terjemah Mustholah Hadits
  27. Kembali ke: Terjemah Kitab Kuning

Download (pdf):

  1. Terjemah Ibanatul Ahkam 1
  2. Terjemah Ibanatul Ahkam 2
  3. Terjemah Ibanatul Ahkam 3
  4. Terjemah Ibanatul Ahkam 4

Download terjemah Bulughul Maram:


MUKADDIMAH 1

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan al-Kitab (al-Qur‟an) untuk menjelaskan (hukum-hakam) segala sesuatu, dan sebagai petunjuk, rahmat serta khabar gembira bagi kaum muslimin. Semoga selawat dan salam sentiasa tercurah ke atas Nabi al-Amin yang diutus dengan membawa sunnah yang suci. Semoga selawat an salam tercurah pula kepada keluarga dan para sahabatnya yang memiliki perjalanan hidup yang terpuji dalam agama, dunia, dan akhirat.

Amma ba‟du ...
Allah (s.w.t) telah memerintahkan kita supaya merujuk kepada kitab-Nya dan juga kepada sunnah Nabi-Nya ketika terjadi perkara-perkara yang musykil dan masalah-masalah yang sukar untuk diketahui hukumnya. Allah (s.w.t) berfirman:
“...Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan ia kepada Allah (al-Qur‟an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah al-Nisa‟: 59)

Memandangkan peristiwa yang dialami oleh umat manusia tidak pernah berhenti melainkan terus berkembang, maka untuk menyimpulkan hukum dari sumber asalnya kita dituntut untuk mengetahui dalil-dalilnya dan menguasai liku-liku „illat hukum. Ini dapat direalisasikan dengan mendalami ilmu agama dan bertanya kepada orang yang berpengetahuan serta bijak pandai. Allah (s.w.t) berfirman:

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika, kamu tidak mengetahui...” (Surah al-Nahl: 43)

Orang yang dituntut untuk bertanya itu hanyalah orang yang tidak memiliki ilmu pengetahuan sedangkan seorang mujtahid tidak boleh bertaklid (mengikut) kepada mujtahid yang lain. Allah (s.w.t) berfirman:

“Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golonlgan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya...” (Surah al-Taubah: 122)

Ayat ini menunjukkan bahawa kaum muslimin yang berangkat mencari ilmu dan memperdalam agama itu hanya sebahagian sahaja daripada mereka. Jika
3
mereka telah pulang kepada kaumnya, mereka dikehendaki memberi fatwa dan mengajarkan ilmu agama yang telah diperolehinya. Orang yang tidak turut menuntut ilmu diwajibkan bergabung belajar dengan mereka yang telah mendalami ilmu agama. Malah para sahabat sentiasa memberikan fatwa kepada masyarakat kaum muslimin, tetapi tidak ada satu riwayat pun yang menceritakan bahawa mereka menuntut masyarakat awam untuk berijtihad. Tanggungjawab berijtihad hanya diberikan kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan. Seandainya masyarakat awam turut dituntut berijtihad, tentu semua pekerjaan dan kemahiran yang menyangkut kepentingan umum akan tergendala dan akan muncul orang yang tidak faham dalil dan ta‟lil berani melakukan istinbath al-ahkam, yakni melakukan ijtihad. Hal ini jelas merupakan tindakan yang gegabah dan tidak terpuji. Ini kerana masyarakat awam hanya diwajibkan mengikuti kesimpulan hukum yang telah matang, maka tiada pilihan lain bagi mereka selain bertaklid kepada para imam yang memiliki kemampuan berijtihad yang sempurna dan bertanya kepada orang yang berpengetahuan luas serta cerdik pandai.
Allah (s.w.t) berfirman:

“... Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang yang mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri)...” (Surah al-Nisa‟: 83)
Dalam satu hadis disebutkan:

“Barang siapa yang berijtihad lalu dia silap, maka baginya satu pahala (kerana usaha kerasnya dalam berijtihad) dan barang siapa yang berijtihad lalu benar, maka baginya dua pahala.”
Di dalam al-Qur‟an dan Sunnah banyak terdapat nash yang mengakui kewujudan ijtihad, antara lain ialah ketika para sahabat melakukan ijtihad pada masa Rasulullah (s.a.w) masih hidup seperti yang terjadi dalam kisah Bani Quraizhah. Ketika itu Nabi (s.a.w) bersabda kepada para sahabat:

“Janganlah seseorang di antara kamu mengerjakan solat Asar kecuali di tempat Bani Quraizhah.”
Ternyata di antara para sahabat ada yang mengerjakan solat di tengah jalan kerana berpegang kepada firman Allah (s.w.t):

“Peliharalah semua solat(mu) dan (peliharalah) solat wustha...” (Surah al-Baqa-rah: 238)

Selain itu kerana ada satu hadis yang secara umum menunjukkan keutamaan mengerjakan solat tepat pada awal waktunya. Namun ada pula di antara mereka yang mengakhirkan solat Asar hingga matahari tenggelam, lalu mereka mengerja-kannya secara qadha‟ bersama Nabi (s.a.w). Mereka melakukan demikian kerana

memahami nash hadis secara zahir yang mengatakan: “Janganlah seseorang di antara kamu mengerjakan solat Asar kecuali di tempat Bani Quraizhah,” sedangkan Allah (s.w.t) telah menyuruh supaya mentaati Nabi (s.a.w). Nabi (s.a.w) membenarkan dan mengakui ijtihad kedua-dua golongan itu. Baginda tidak memerintahkan kepada golongan pertama untuk mengulangi solat mereka kerana mengakui kebenaran pemahaman mereka.

Telah sedia maklum bahawa ijtihad hanya dibenarkan untuk setiap permasalahan yang bersifat zhanni, bukan yang bersifat qath‟i. Ini kerana erti ijtihad menurut istilah syarak ialah “seorang mujtahid mengerahkan segenap kemampuannya untuk menyimpulkan suatu hukum syarak yang bersifat zhanni untuk kepentingan dirinya dan orang yang mengikutinya.”

Dalil-dalil syarak itu ada yang muhkam, mutasyabih, nasikh, mansukh, mujmal, mubayyan, muthlaq, muqayyad, sahih, hasan dan dha‟if. Ada pula permasalahan yang telah disepakati oleh ijmak yang tidak boleh diubah dan tidak boleh pula melakukan ijtihad terhadapnya. Ada pula syarat-syarat qiyas yang telah menjelaskan dalil-dalil yang telah ditetapkan, dan mentarjih dalil-dalil yang seakan saling bercanggah antara satu sama lain. Semua itu tidak dapat difahami secara sempurna melainkan dengan cara menguasai ilmu-ilmu syariat dan menyelami rahsia-rahsia tasyri‟ tanpa mengetepikan betapa penting pengetahuan terhadap bahasa Arab. Dengan memenuhi dan menguasai syarat-syarat tersebut, maka dalam diri seseorang terbentuklah satu bakat yang dapat menghantarkannya kepada pintu ijtihad secara mutlak.

Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa ijtihad merupakan kedu-dukan yang agung dan darjat yang tinggi. Untuk meraihnya mesti memiliki ilmu yang luas dan menguasai pokok permasalahan serta perkara-perkara lain yang cukup berat. Jadi, seseorang yang mengakui dirinya sebagai mujtahid mutlak pada akhir zaman ini adakalanya tidak mengetahui kedudukan yang diakuinya atau dia sememangnya tidak mengetahui kemampuan dirinya. Dalam kedua-dua keadaan tersebut dia tidak dapat dimaafkan.

Siapakah orang yang mengatakan bahawa ijtihad diwajibkan ke atas segenap lapisan masyarakat yang antara lain termasuk orang awam dan orang yang tidak faham ajaran syariat serta para pekerja? Jika dia mengingkari kewujudan mereka di tengah-tengah umat, maka sikapnya itu tentunya merupakan sikap yang menentang dunia nyata. Tetapi jika dia mengakui kewujudan orang awam yang memerlukan taklid, maka tidak diragukan lagi bahawa taklid orang awam kepada para ulama tiga generasi terdahulu dari kalangan para imam besar adalah lebih diutamakan dan lebih berhak berbanding bertaklid kepada selain mereka. Nabi (s.a.w) telah mengakui kebaikan ketiga-tiga generasi tersebut melalui sabdanya yang menegaskan:

“Sebaik-baik manusia ialah mereka yang hidup sezaman denganku, kemudian orang yang datang sesudah mereka, lalu orang yang datang sesudahnya." Ini merupakan kesaksian Nabi (s.a.w) yang maksum dan sememangnya tidak

boleh disanggah, ditolak, didustakan, diragui atau diganti dengan yang lain. Selain itu, mazhab-mazhab yang mereka dirikan benar-benar dapat dipertanggungja-wabkan kerana kefahaman mereka yang bersih, luas dan memahami sumbernya dengan baik. Kesemua pendapat dan fatwa mereka telah dicatat oleh para pengikut mereka dengan cara penukilan yang sahih atau pemberitaan yang mutawatir dari ulama salaf sehingga kepada ulama khalaf. Lalu mengapa masih ada orang yang tidak mahu mengikuti mereka dan bertaklid kepada orang yang tidak mengetahui proses berlakunya ijmak dan rahsia-rahsia syariat serta tidak pula mengetahui cara menyimpulkan hukum dan dalil-dalilnya? (bersambung)
LihatTutupKomentar