1/22/2018

Pembagian Hadis

Tags

Pembagian Hadis
Nama kitab: Terjemah Ibanatul Ahkam (Ibanah Al-Ahkam) Syarah Bulughul Maram
Judul kitab asal: إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام في شرح أحاديث الأحكام
Pengarang: Alawi Abbas Al-Maliki ( السيد علوي بن عباس المالكي)
dan Hasan Sulaiman An-Nuri (حسن سليمان النوي)
Penerjemah: Nor Hasanuudin H.M. Fauzi
Bidang studi: Hadits hukum

Daftar Isi

  1. Pembagian Hadis
  2. Jenis-Jenis Riwayat
  3. Ungkapan Menyampaikan Hadis
  4. Empat Peringkat Urutan Adil
  5. Lima Peringkat Urutan Tajrih (Celaan)
  6. Download Terjemah Ibanah
  7. Download Terjemah Bulughul Marom
  8. Kembali ke: Terjemah Ibanatul Ahkam

Pembagian Hadis (D)

Hadis jika dilihat dari segi matan dan sanad terbagi kepada marfu', mauquf, maqthu', „alin muthlaq, „alin nisbi dan nazil.

Marfu‟ ialah hadis yang disandarkan kepada Nabi (s.a.w), sama ada secara te-rang-terangan ataupun secara hukum.

Mauquf ialah hadis yang sanadnya hanya terhenti kepada seorang sahabat tanpa adanya tanda-tanda yang menunjukkannya marfu‟, sama ada secara ucapan mahupun perbuatan.
Maqthu‟ ialah hadis yang sanadnya hanya terhenti kepada seorang tabi‟in.

„Alin muthlaq ialah hadis yang bilangan periwayatnya sedikit jika diban-dingkan dengan sanad yang lain, dan sanadnya sampai kepada Nabi (s.a.w), lawannya hadis „alin muthlaq adalah hadis nazil muthlaq.

„Alin nisbi ialah hadis yang periwayatnya sedikit apabila dibandingkan de-ngan sanad yang lain dan berakhir kepada seorang imam yang terkenal, seperti Imam Malik, Imam al-Syafi‟i, Imam al-Bukhari, dan Imam Muslim. Lawannya ialah hadis nazil nisbi, tetapi hadis „alin nisbi lebih mendekati sahih kerana kemungkinan kesalahannya masih sedikit, berbeza dengan hadis nazil nisbi. Hadis ini tidak disukai melainkan kerana ada keistimewaan khusus yang ada padanya.

Jenis-Jenis Riwayat

Riwayat mempunyai pelbagai jenis, iaitu riwayat aqran, riwayat akabir „an ashaghir, riwayat ashaghir „an akabir, musalsal, muttafiq wa muftariq, mu‟talif wa mukhtalif, mutasyabih, muhmal, serta sabiq wa lahiq.

Riwayat aqran ialah riwayat yang dilakukan oleh salah seorang periwayat di antara dua periwayat yang berteman daripada periwayat yang lain. Dua orang teman itu adalah umurnya saling berdekatan atau isnad-nya berdekatan atau kedua-duanya sekali. Berdekatan dalam isnad maksudnya berdekatan dalam berteman dan mengambil daripada guru. Riwayat aqran ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:

Mudabbaj ialah riwayat dari masing-masing dua periwayat yang berteman lagi sama umur dan isnad-nya daripada periwayat yang lain.

Ghair Mudabbaj ialah riwayat dari salah seorang dua periwayat yang berteman, sedangkan keduanya sama dari segi hal umur dan isnad-nya.

Riwayat akabir „an ashaghir ialah seseorang meriwayatkan suatu hadis daripada orang yang lebih rendah daripadanya dari segi umur atau dalam berteman. Termasuk ke dalam kategori ini ialah riwayat para orang tua daripada anak-anaknya dan riwayat para sahabat daripada para tabi‟in. Namun jenis ini jarang dijumpai sedangkan kebalikannya sangat banyak, iaitu riwayat ashaghir „an akabir atau riwayat yang dilakukan oleh seorang anak daripada orang tuanya atau tabi‟in daripada sahabat. Jenis ini banyak dijumpai.

Musalsal ialah hadis yang para periwayatnya sepakat dan sama berkaitan keadaan qauli atau fi‟li, seperti sama-sama menggunakan lafaz haddatsani, dan contoh yang lain ialah para periwayat sama-sama menggunakan lafaz anba‟ani, dan demikian seterusnya.
Muttafaq wa muftaraq ialah hadis yang kesemua nama periwayatnya telah disepakati secara lafaz dan tulisan, tetapi pengertian atau pemahamannya berlainan.

Mu‟talaf wa mukhtalaf ialah hadis yang sebahagian nama periwayatnya disepakati secara tulisan, tetapi secara ucapan berlainan, seperti lafaz Zabir dan Zubair.

Mutasyabih ialah hadis yang nama sebahagian periwayatnya disepakati, tetapi nama orang tua mereka masih dipertikai, seperti Sa‟d ibn Mu‟adz dan Sa‟d ibn „Ubadah.
Muhmal ialah hadis yang diriwayatkan daripada dua orang periwayat yang memiliki nama sama hingga tidak dapat dibezakan. Jika kedua-dua perari itu merupakan dua orang periwayat tsiqah (terpercaya), maka itu tidak ada masalah, seperti nama Sufyan sama ada yang dimaksudkan itu adalah Sufyan al-Tsauri atau Sufyan ibn „Uyaynah. Tetapi jika kedua-duanya tidak termasuk orang yang tisqah, maka itu boleh mendatangkan kecacatan.

Sabiq wa lahiq ialah suatu hadis yang di dalamnya berhimpun satu riwayat yang dilakukan oleh dua orang periwayat daripada guru mereka, tetapi salah seorang di antara keduanya meninnggal dunia lebih dahulu jauh sebelum yang lain, sedangkan jarak waktu antara kematian orang yang pertama dengan kematian orang kedua cukup lama.

Ungkapan Menyampaikan Hadis

Ungkapan menyampaikan hadis yang paling kuat ialah menggunakan lafaz „سمعت ‟ (aku telah mendengar) dan „حدثني ‟ (dia telah menceritakan hadis kepadaku). Setelah itu menggunakan lafaz „ قرأت عليه ‟ (aku belajar kepadanya), kemudian menggunakan lafaz „قرئ عليه وأنا أسمع ‟ (diajarkan kepadanya, sedangkan aku mendengarkannya), kemudian menggunakan lafaz „أنبأني ‟ (dia telah memberitakan kepadaku), kemudian menggunakan lafaz „ناولني إجازة ‟ (dia telah memberikan hadis ini kepadaku secara ijazah), kemudian menggunakan lafaz „كتب إلي ‟ (dikirimkan kepadaku melalui tulisan atau surat), kemudian menggunakan lafaz „ٝوجدت بخطه ‟ (aku menjumpai pada tulisannya).

Adapun hadis mu‟an‟an seperti „„ عن فلان ‟ (daripada si fulan), maka hadis ini dikategorikan ke dalam hadis yang diterima melalui mendengarkannya dan orang yang sezaman tetapi tidak mudallas.

Penutup

Apa yang dimaksudkan dengan adil riwayat ialah seorang muslim yang aqil baligh, menjauhi daripada melakukan dosa-dosa besar dan memelihara diri daripada terjerumus melakukan dosa-dosa kecil pada sebahagian besar waktunya, namun dalam masalah ini tidak disyaratkan lelaki dan merdeka. Oleh yang demikian, riwayat yang dilakukan oleh wanita dan hamba sahaya boleh diterima. Demikian pula boleh diterima riwayat yang dilakukan oleh ahli bid‟ah jika dia adalah orang yang adil dan tidak menyeru (orang lain) kepada bid‟ahnya, dan perbuatan bid‟ahnya tidak sampai kepada tahap kufur (bid‟ah munkarah).

Empat Peringkat Urutan Adil

1. „ فلان ثقة ثقة ‟ Si fulan orang yang sangat dipercaya, „ثبت ثبت ‟ orang yang dapat dijadikan sebagai rujukan, „حجة حجة ‟ sangat handal untuk dijadikan hujah, „ثبت حجة ‟ dapat dijadikan sebagai rujukan dan dapat dijadikan hujah dan „حفظ حجة ‟ hafalannya dapat dijadikan sebagai hujah.

2. „فلان ثقة‟ Si fulan orang yang terpercaya, „حجة ‟ dapat dijadikan hujah, „حافظ ‟ orang yang hafiz, „ثبت ‟ orang yang dapat menjadi rujukan, „ضابط ‟ orang yang dhabit, atau „متقن ‟ orang yang mutqin (mendalami).

Kebaikan kedua-dua tingkatan ini ialah bahawa hadis mereka dapat ditulis untuk dijadikan hujah, pengajaran dan saksi (bukti) kerana lafaznya menunjukkan pengertian yang mengandungi makna adil dan dhabit.

3. „فلان صدوق ‟ Si fulan orang yang jujur, „خيار ‟ orang yang terpilih, „ مأمون ‟ orang yang dapat dipercaya, „لا بأس به ‟ boleh diambil hadisnya, atau „ليس به بأس‟ tidak ada celanya. Orang yang menduduki peringkat ini hadisnya boleh ditulis, tetapi masih harus dipertimbangkan kerana lafaznya tidak memberikan kepada pengertian dhabit. Sungguhpun demikian, hadis mereka boleh diambil kira setelah mendapat persetujuan atau pandangan orang yang berstatus dhabit.

4. „ فلان رووا عنه Si fulan menjadi sumber mereka dalam mengambil riwayat, „محله الصدق ‟ hadisnya patut dinilai jujur, „ فلان للصدق ما هو أي قريب اليه ‟ si fulan mendekati kepada kejujuran, „شيخ وسط ‟ dia adalah guru yang bersifat adil, „ صالح الحديث‟ soleh hadisnya, „جيد الحديث jayyid hadisnya, „حسن ‟ baik hadisnya, „صويلح ‟ cukup baik, „أرجو أن ليس به بأس ‟ saya berharap semoga dia tidak ada cacatnya, atau „صدوق إن شاء الله ‟dia orang jujur, insya Allah. Orang yang menduduki peringkat ini hadisnya boleh ditulis, tetapi hanya boleh untuk dijadikan sebagai penjelasan.

Lima Peringkat Urutan Tajrih (Celaan)

1. „فلان يدذب ‟ Si fulan berdusta dan ini merupakan tajrih (celaan) yang paling buruk. Ungkapan yang sebanding dengannya ialah perkataan „ كذاب ‟ pendusta, وضاع ‟ tukang membuat-buat hadis, „يضع ‟ tukang membuat hadis palsu, dan „دجال ‟ pendusta.”

2. „فلان ساقط ‟ Si fulan orang yang rendah, „ٛهالك ‟ orang yang binasa, „ذاهب ‟ orang yang cakapnya tidak semberono, „فيه نظر ‟ perlu dipertimbangkan, „متهم بالكذب او الوضع ‟ dituduh sebagai orang yang dusta atau membuat-buat hadis, „ٛٞ هو متروك ‟ dia orang yang hadisnya ditinggalkan, „لا يعتبر به ‟ tidak diambil kira, „ٛٞ هو ليس بالثقة ‟ dia tidak dipercaya, „غير مأمون ‟ tidak dapat dipegang, atau „سكتوا عنه ‟ mereka tidak memberikan komentar mengenainya.

3. „فلان رد حديثه او مردود ‟ Si fulan hadisnya ditolak atau tertolak, „ردوا حديثه ‟ mereka menolak hadisnya, واه ‟ hadisnya teramat lemah, „ارمه ‟ buang sahaja hadisnya, „مطروح الحديث ‟ hadisnya dibuang, „طرحوا حديثه ‟ mereka membuang hadisnya, „ضعيف جدا ‟ sangat lemah, „ لا شيئ ‟ tidak ada apa-apanya, „ليس بشيئ ‟ sama sekali tidak bernilai, atau „لا يساوي شيئا ‟ tidak ada harganya sama sekali. Hadis orang yang menduduki ketiga-tiga peringkat ini tidak boleh diambil kira, sama ada untuk dijadikan sebagai hujah mahupun untuk pengajaran.

4. „فلان منكر الحديث ‟ Si fulan munkar hadisnya, „ضعيف ‟ lemah hadisnya, „مضطرب الحديث ‟ kacau hadisnya, واه ‟ sangat lemah, „ضعفوه‟ mereka menganggapnya dha‟if dan „لا يحتج به ‟ tidak dapat dijadikan hujah.

5. „فلان فيه ضعيف ‟ Si fulan masih ada lemahnya, „فيه مقال او ضعف ‟ masih ada celanya, „سيئ الحفظ ‟ buruk hafalannya, „لين الحديث ‟ lemah hadisnya, „ للضعف ما هو أي قريب منه ‟ mendekati kelemahan, „تكلموا فيه‟ mereka membicarakan mengenainya, „ ليس بالمتين‟ mereka itu bukan orang yang dapat menguasai, „ ليس بالقوي ‟ bukan orang yang kuat, „ليس بالحجة ‟ bukan orang yang dapat dijadikan hujah, „ ليس بعمده ‟ bukan orang yang dapat dijadikan pegangan, „ليس بالمرضي قد طعنوا فيه‟ bukan orang yang memuaskan kerana mereka telah mencelanya, dan „ٝ وفيه اختلفوا فلان تعرف وتنكر‟ mereka berselisih pendapat mengenai dirinya; si fulan dikenal, tetapi diingkari.

Hadis orang yang menduduki peringkat keempat dan kelima ini masih boleh diketengahkan untuk dijadikan sebagai pelajaran dan saksi (bukti). Wallahu a‟lam.[alkhoirot.org]

Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini.. Konsultasi agama, kirim via email: alkhoirot@gmail.com

Untuk Konsultasi Agama kirim ke: alkhoirot@gmail.com atau info@alkhoirot.net
Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini!

EmoticonEmoticon