Hadis Maqbul dan Hadits Mardud

hadis terbagi kepada dua bahagian, yaitu maqbul dan mardud. Hadis maqbul ialah hadis yang dapat dijadikan hujah. Ia adalah hadis yang di dalamnya dipenuhi syarat-syarat hadis sahih atau hadis hasan. Hadis maqbul terbahagi kepada empat bahagian, yaitu sahih li dzatihi, sahih li ghairihi, hasan li dzatihi, dan hasan li ghairihi.
Hadis Maqbul dan Hadits Mardud
Nama kitab: Terjemah Ibanatul Ahkam (Ibanah Al-Ahkam) Syarah Bulughul Maram
Judul kitab asal: إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام في شرح أحاديث الأحكام
Pengarang: Alawi Abbas Al-Maliki ( السيد علوي بن عباس المالكي)
dan Hasan Sulaiman An-Nuri (حسن سليمان النوي)
Penerjemah: Nor Hasanuudin H.M. Fauzi
Bidang studi: Hadits hukum syariah (fiqih)

Daftar Isi


Pembahagian Hadis (B) : Masyhur, Aziz, Gharib

Hadis jika dilihat dari periwayatnya terbahagi kepada masyhur, aziz dan gharib.
Hadis masyhur ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih, tetapi masih belum memenuhi syarat mutawatir. Kadang kala istilah ini diucapkan kepada hadis yang telah terkenal hingga menjadi buah bibir meskipun ia hadis maudhu‟.

Hadis „aziz ialah hadis yang diriwayatkan oleh dua orang periwayat sahaja, meskipun masih dalam satu thabaqah (tingkatan). Sebab jumlah periwayat yang sedikit pada kebanyakannya boleh dijadikan pegangan dalam bidang ilmu ini.

Hadis gharib ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat sahaja, meskipun masih dalam salah satu thabaqah. Hadis gharib terbahagi kepada dua macam, yaitu; pertama, gharib muthlaq yaitu hadis yang menyendiri dalam asal sanadnya; kedua, harib nisbi yaitu hadis yang menyendiri pada sanad berikutnya.

Pembahagian Hadis (C): Maqbul dan Mardud

Selain itu hadis terbahagi kepada dua bahagian, yaitu maqbul dan mardud.
Hadis maqbul ialah hadis yang dapat dijadikan hujah. Ia adalah hadis yang di dalamnya dipenuhi syarat-syarat hadis sahih atau hadis hasan. Hadis maqbul terbahagi kepada empat bahagian, yaitu sahih li dzatihi, sahih li ghairihi, hasan li dzatihi, dan hasan li ghairihi.

Hadits Maqbul: Sahih dan Hasan

Sahih li dzatihi ialah hadis yang diriwayatkan oleh periwayat yang adil, sempurna hafalannya, muttasil sanadnya, tidak mu‟allal dan tidak pula syadz. Sahih li dzatihi ini memiliki tingkatan yang berbeza-beza menurut perbezaan sifat yang telah disebutkan tadi.

Sahih li ghairihi ialah hadis yang paling sedikit mengandungi sebahagian daripada sifat yang ada pada hadis maqbul, tetapi di dalamnya ditemui perkara-perkara yang dapat menyempurnakan kekurangannya itu, misalnya ada hadis yang sama diriwayatkan melalui satu atau banyak jalur selainnya.

Hasan li dzatihi ialah hadis yang dinukilkan oleh seorang yang adil, memiliki hafalan yang kurang sempurna, muttasil sanadnya, diriwayatkan melalui orang yang sama tingkatan dengannya, tidak mu‟allal dan tidak pula syadz.

Hasan li ghairihi ialah hadis yang masih perlu diteliti penerimaannya, tetapi telah dijumpai di dalamnya faktor-faktor yang menguatkan untuk menerimanya seperti hadis yang di dalam sanadnya terdapat orang yang keadaannya masih belum diketahui atau orang yang buruk hafalannya.

Hadits Maqbul: Muhkam, Mukhtalaf, Nasikh, Rajih

Hadis maqbul pula terbahagi kepada muhkam, mukhtalaf al-hadis, nasikh dan rajih.
Muhkam ialah hadis yang tidak ada hadis lain yang menentangnya.

Mukhfalaf ialah hadis yang didapati ada hadis lain yang menentangnya, tetapi masih ada kemungkinan untuk menggabungkannya.

Nasikh ialah hadis yang datang kebelakangan dan isinya menentang hadis yang seumpama dengannya.

Rajih ialah hadis yang boleh diterima, namun isi kandungannya menentang hadis seumpamanya yang mendahuluinya kerana adanya satu sebab yang mengharuskan demikian, sedangkan usaha untuk menggabungkan di antara keduanya adalah tidak mungkin. Lawan daripada rajih ialah marjuh.

Hadits Mardud: mu‟allaq, mursal, mu‟adhdhal, munqathi‟ dan mudallas

Hadis mardud ialah hadis yang di dalamnya tidak dipenuhi syarat-syarat sahih dan tidak pula syarat-syarat hasan. Hadis mardud ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Ia terbahagi kepada dua bahagian; pertama, mardud kerana adanya keguguran pada sanadnya; kedua, mardud kerana adanya kecacatan pada diri para periwayatnya. Hadis mardud kerana adanya keguguran pada sanadnya terbahagi kepada lima, yaitu mu‟allaq, mursal, mu‟adhdhal, munqathi‟ dan mudallas.

Mu‟allaq ialah hadis yang dari permulaan sanadnya gugur seorang periwayat. Termasuk ke dalam hadis mu‟allaq adalah hadis yang seluruh sanadnya dibuang.
Mursal ialah hadis yang dinisbahkan oleh seorang tabiin terus kepada Nabi (s.a.w).

Mu‟adhdhal ialah hadis yang gugur daripadanya dua orang periwayat secara berturut-turut.

Munqathi‟ ialah hadis yang gugur daripadanya seorang atau dua orang periwayat, tetapi tidak berturut-turut.

Mudallas ialah hadis yang terdapat keguguran di dalamnya, tetapi tersembu-nyi, sedangkan ungkapan riwayatnya menggunakan istilah „an (daripada). Con-tohnya, seseorang menggugurkan nama gurunya lalu menukil daripada orang yang lebih atas daripada gurunya dengan menggunakan ungkapan yang seolah-olah memberikan pengertian kepada si pendengar bahawa itu dinukil secara langsung daripada orang yang di atas gurunya itu; contoh ini disebut dengan mudallas al-isnad. Ada ketikanya nama gurunya itu tidak digugurkan, sebaliknya gurunya itu digambarkan dengan sifat yang tidak dikenali; contoh seperti ini disebut sebagai mudallas al-syuyukh. Ada ketikanya dia menggugurkan seorang periwayat dha‟if di antara dua orang periwayat yang tsiqah (terpercaya); contoh ini disebut sebagai mudallas al-taswiyah.

Hadits Mardud: maudhu‟, matruk, munkar dan mu'allal

Hadis mardud kerana adanya kecatatan terbahagi kepada empat, yaitu: maudhu‟, matruk, munkar dan mu‟allal.

Maudhu‟ ialah hadis yang periwayatnya berdusta di dalam dalamnya.

Matruk ialah hadis yang cacatnya disebabkan oleh periwayat yang dicurigai sebagai orang yang berdusta.

Munkar ialah hadis yang cacatnya kerana kebodohan si periwayatnya atau kerana kefasikannya.

Mu‟allal ialah hadis yang cacatnya disebabkan oleh aib yang tersembunyi, tetapi zahirnya selamat dan tidak menampakkan aib.

Hadits Muallal: Mudraj Matan dan Mudraj Isnad

Termasuk ke dalam kategori hadis cacat ini ialah hadis yang disebabkan idraj. Ia ada dua bahagian, yaitu mudraj matan dan mudraj isnad.

Mudraj matan ialah hadis yang di dalamnya ditambah sebahagian lafaz oleh periwayatnya, sama ada pada bahagian pemulaan, bahagian tengah ataupun pada bahagian akhirnya. Ada kalanya ia bertujuan untuk mentafsirkan lafaz yang gharib (sukar difahami), seperti yatahannatsu (yata‟abbadu) yang ertinya beribadah.
Mudraj isnad ialah hadis yang di dalamnya ditambah isnad-nya, seperti menghimpun beberapa sanad dalam satu sanad tanpa sebarang penjelasan.

Termasuk ke dalam pengertian cacat ialah qalb, yakni hadis maqlub atau hadis songsang disebabkan seorang periwayat bertentangan dengan periwayat lain yang lebih kuat daripadanya kerana mendahulukan atau mengakhirkan sanad atau matan.
Termasuk pula ke dalam pengertian cacat ialah idhthirab, yakni hadis mudhtharib, yaitu hadis yang periwayatnya bertentangan dengan periwayat lain yang lebih kuat daripadanya dalam sanad atau matan atau dalam kedua-duanya sekali, tidak ada murajjih (faktor yang dapat memastikan mana satu yang lebih kuat di antara keduanya), sedangkan usaha menggabungkan di antara keduanya merupakan perkara yang tidak dapat dilakukan.

Termasuk ke dalam pengertian cacat ialah tash-hif, yakni hadis mushahhaf dan tahrif, yakni hadis muharraf. Hadis mushahhaf ialah cacat yang ada padanya disebabkan seorang periwayat bertentangan dengan periwayat lain yang lebih kuat dalam masalah titik. Jika percanggahan itu dalam masalah baris atau harakat, maka ia disebut hadis muharraf.

Hadits Mubham, Mubtadi', Syadz, Mukhtalath

Termasuk ke dalam pengertian cacat ialah jahalah yang juga disebutkan ibham, bid‟ah, syudzudz dan ikhtilath.

Mubham ialah hadis yang di dalamnya ada seorang periwayat atau lebih tetapi tidak disebutkan namanya.

Mubtadi‟ ialah jika perbuatan bid‟ahnya menyebabkan kekufuran, maka periwayatnya tidak boleh diterima, namun jika perbuatan bid‟ahnya menyebabkan kefasikan, sedangkan periwayatnya orang yang adil dan tidak menyeru kepada bid‟ah tersebut, maka hadisnya boleh diterima.

Syadz ialah hadis yang seorang periwayat tsiqah bertentangan dengan periwayat yang lebih tsiqah daripadanya. Kebalikan hadis syadz ialah hadis mahfuzh, yaitu hadis yang seorang periwayat tsiqah bertentangan dengan hadis periwayat lain yang status tsiqah-nya masih berada di bawahnya.

Mukhtalath ialah hadis yang periwayatnya yang hafalannya buruk disebabkan otaknya mengalami gangguan, misalnya, akibat pengaruh usia yang telah lanjut. Hukum hadisnya boleh diterima sebelum akalnya terganggu hingga hafalannya menjadi buruk, namun jika akalnya sudah terganggu maka hadisnya tidak boleh diterima. Jika tidak dapat dibezakan antara zaman sebelum otaknya terganggu dengan zaman sesudahnya, maka kesemua hadisnya mesti ditolak.[alkhoirot.org]
LihatTutupKomentar