Hadits Mursal
Hadits mursal adalah Hadis yang gugur nama sahabat dari rangkaian sanadnya.Ulama berselisih pendapat di dalam menentukan hukum beramal dengan Hadis Mursal
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS
Daftar Isi Kitab
C. KEGUGURAN YANG NYATA
1. Mursal
Pengertiannya pada bahasa:
Asal Hadis Mursal dari sudut bahasa Ialah: الإطلاق yaitu bebas dan التخلية yaitu berasingan.
Dari sudut istilah:
Hadis yang gugur nama sahabat dari rangkaian sanadnya. Ibnu Hajar telah menyebut di dalam kitabnya yang bernama شرح النخبة : (Di mana gambarannya ialah: Taabi'in (sama saja kecil atau besar) beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda begini, baginda melakukannya begini, dilakukan ketika bersama Rasulullah s.a.w begini atau seumpamanya). Al-Hakim telah mengkhususkan bahawa Mursal hanyalah dengan taabi'een begitu juga Ibnu Solah dan sebahagian besar Ulama Hadis. Manakala sebahagian besar Ulama Fekah dan Ulama Usul berpendapat lebih terbuka di mana setiap Hadis yang terpotong apa jua bentuk sanad dinamakan Hadis Mursal.
Hukumnya:
Ulama berselisih pendapat di dalam menentukan hukum beramal dengan Hadis Mursal:
(Pendapat Pertama):
Sebahagian besar Ulama berpendapat Hadis Mursal adalah Dhaif tidak boleh diterima atau berhujah dengannya. Ibnu Solah berkata: (Apa yang kami nyatakan di sini bahawa Hadis Mursal tidak boleh dijadikan hujah di mana orang yang menghukum sebagai Dhaif adalah Mazhab yang berpegang dengan pendapat sebahagian besar penghafaz Hadis dan pengkaji pemindahan Hadis sehingga mereka selalu menyebutnya di dalam kitab-kitab karangan mereka). Sebab penolakan mereka terhadap Hadis Mursal adalah kerana mereka beranggapan kemungkinan perawi yang tertinggal adalah bukan sahabat dan dalam keadaan ini kemungkinan akan menjadi Dhaif.
(Pendapat Kedua):
Golongan ini berpendapat bahawa Hadis Mursal memang boleh dijadikan hujah. Ibnu Jarir berkata: Semua taabi'een berkumpul dan bersepakat menerima Hadis Mursal dan tidak ada di kalangan mereka yang menentang pendapat tersebut begitu juga tidak ada seorang pun dari pakar Hadis selepas daripada mereka yang menentang sehingga dua ratus orang).
(Pendapat Ketiga):
Yaitu pendapat Syafie dan sebahagian Ulama di mana mereka menerima Hadis Mursal dengan beberapa syarat. Imam As-Syafie telah menyebut syarat-syarat untuk menerima Hadis Mursal daripada taabi'een yang termasyhur dan berhujah dengannya di dalam kitab beliau yang bernama ( الرسالة ) yaitu:
1- Perawi Hadis Mursal mestilah dari kalangan taabi'een yang termasyhur.
2- Dijelaskan pada Hadis Mursal bahawa perawi yang dibuang adalah ثقة yaitu dipercayai.
3- Hadis yang diriwayatkan oleh Perawi Mursal sama dengan Hadis yang dihafaz oleh perawi lain secara lafaz dan makna.
4- Tiga syarat yang tersebut di atas termasuk salah satu syarat berikut:
A- Meriwayat Hadis dari jalan yang berbeza tetapi sanad bersambung.
B- Meriwayat Hadis Mursal dari cara yang lain dengan syarat Perawi Mursal kedua meriwayatkan Hadis dari Syeikh yang berbeza dengan Syeikh Perawi Mursal pertama.
C- Bertepatan dengan kata-kata sahabat.
D- Digunakan sebagai fatwa oleh sebahagian besar ahli ilmu.
Mursal Sahabi:
Sebahagian sahabat telah meriwayatkan beberapa buah Hadis secara mursal kerana lewat memeluk Islam atau umur mereka lebih muda lalu salah seorang daripada mereka meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah s.a.w tanpa mendengar, melihat orang yang melakukannya semasa bersama baginda atau pengakuan baginda malah secara jelasnya dia tidak ada bersama di majlis tersebut.
Hukumnya:
Hukum Hadis Mursal adalah Sahih di sisi sebahagian Ulama. As-Sayuti berkata: (Hadis ini juga terdapat di dalam dua Kitab Sahih ( yaitu Hadis Mursal sahabat) tidak pasti jumlahnya kerana kebanyakan riwayat mereka adalah dari sahabat dan mereka semuanya Adil manakala riwayat mereka yang diambil daripada orang lain cuma sedikit sahaja malah mereka menjelaskannya ketika meriwayat Hadis tersebut. Kebanyakan Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat adalah daripada taabi'een, bukannya Hadis Marfuk bahkan ianya adalah Israeliat yaitu tokok tambah, cerita atau Mauquf).
Mursal Khafi
Pengertiannya pada bahasa:
Mursal bermakna berasingan dan ianya adalah tersembunyi kerana Mursal ini tidak dapat dikenal pasti kecuali dengan membuat kajian.
Dari sudut istilah:
Perawi meriwayatkan Hadis secara Mursal daripada orang lain tanpa mendengarnya. Manakala perbezaan di antara Mursal Khafi dan Mudlis ialah Perawi Hadis Mudlis mendengar Hadis yang lain daripada Syeikhnya tetapi dia menisbahkan Hadis yang lain daripada yang ada bersamanya kepada Syeikhnya. Adapun Mursal Khafi ialah perawi tidak mendengar Hadis daripada Perawi yang didengari daripadanya, sebaliknya mungkin dia pernah hidup sezaman atau pernah berjumpa Perawi tersebut.
Hukumnya:
Dhaif lagi Mardud yaitu tertolak kerana dari jenis Mungqati'. Di antaranya juga:
Hadis Mu'an'an
اسم مفعول dari عنعن di mana perawi berkata: (Daripada Polan, daripada Polan).
Dari sudut istilah ialah:
Kata-kata perawi: (Dari Polan, dari Polan).
Hadis Muannan
اسم مفعول dari أنن yaitu kata-kata: (Polan telah menceritakan kepada kami bahawa Polan berkata).
Dari sudut istilah:
Kata-kata perawi: (Polan telah menceritakan kepada kami bahawa Polan berkata).
Hukum Kedua-duanya:
Sekiranya perawi adalah Mudlis nescaya Hadis adalah Mardud yaitu tertolak. Jika perawi tidak Mudlis maka Ulama mensyaratkan perawi mestilah pernah berjumpa dengan Syeikhnya, jika perawi tidak berjumpa nescaya Hadisnya adalah Mardud yaitu tertolak. Perawi tidak dikatakan Mudlis jika pernah berjumpa dengan Syeikhnya maka Hadisnya adalah مقبول yaitu diterima.
2. Mudlis
Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari التدليس (Tadlis) yaitu menyembunyikan kecacatan barang dagangan dari pembeli, asal التدليس adalah nama terbitan dari الدلس bermakna percampuran kegelapan seolah-olah keadaan perawi Hadis ini lebih kelam menyebabkan dinamakan Mudlis.
Dari sudut istilah:
Menyembunyikan kecacatan sanad sebaliknya memperelokkan zahirnya. Tadlis adalah dibenci manakala Tadlis sanad sangat dibenci berbanding dengan Tadlis Syeikh-syeikh.
Hukumnya:
Jika tidak dijelaskan secara mendengar nescaya tidak diterima riwayatnya seperti (Dia meriwayatkan dari) dan sebagainya. Apabila dijelaskan (secara mendengar) maka riwayatnya diterima.
Bahagiannya:
Pertama:
Perawi meriwayatkan Hadis daripada seorang Syeikh, dia cuma mendengar sebahagian Hadis sahaja tetapi dia menisbahkan Hadis tersebut yang ditadliskannya. Sebenarnya dia tidak mendengar daripada Syeikhnya tetapi mendengar daripada orang lain. Dia cuba menyembunyikan orang yang memberitahunya sebaliknya menisbahkan kepada Syeikh yang didengarinya lalu dia meriwayatkan Hadis dengan lafaz yang meragukan pembaca di mana pembaca beranggapan dia mendengar seperti (Katanya) atau (Daripada Polan). Lafaz sebegini boleh meragukan orang lain kerana dia tidak menjelaskan secara mendengar. Dia tidak menyebut (Aku dengar atau diceritakan kepada aku) supaya tidak terbongkar pembohongannya.
Kedua:
Perawi menyembunyikan nama orang yang memberitahu Hadis kepadanya, gelaran atau sifat orang tersebut supaya tidak dikenali sedangkan dia juga tidak mengetahuinya.
3. Muaddal
Pengertiannya pada bahasa:
Muaddal dari sudut bahasa: Halangan, kesempitan dan kesusahan, وعضل . بو الأمر : Ertinya اشتد yaitu berusaha melakukan sesuatu perkara. Begitu juga pengertian عضل المرأة يَيَعْضِلها عَضْلا, وعَضَّلها - yaitu menghalangnya daripada berkahwin dengan orang zalim, dan المُعْضِلات : Ertinya الشدائد yaitu berusaha.
Dari sudut istilah:
Hadis yang gugur dua orang perawi atau lebih pada pertengahan riwayatnya secara berturut-turut. Keguguran sanad tersebut yang membawa kepada terpotongnya sanad Hadis dinamakan Muaddal bermaksud sangat susah untuk menyambungnya.
Hukumnya:
Hadis Muaddal lebih teruk dan lebih Dhaif dari Hadis Mursal dan Hadis-hadis lain kerana gugur di antara perawi. Keguguran di sini lebih serius dan lebih teruk disebabkan oleh kehilangan dua orang perawi atau lebih pada satu tempat.
4. Munqoti’
Pengertiannya pada bahasa:
اسم فاعل dari ( الانقطاع ) yaitu terpotong lawannya الاتصال yaitu bersambung.
Dari sudut istilah:
Hadis yang gugur seorang perawi atau lebih pada pertengahan riwayatnya tanpa berturut-turut. Dalam membuat perbezaan di antara Hadis Mungqatik dan Hadis Mursal, beberapa Mazhab ahli Hadis menetapkan bahawa Hadis Mursal ditentukan bagi sahabat manakala Hadis Mungqatik pula ditentukan kepada perawi yang diambil sanad tersebut sebelum sampai kepada taabi'ee di mana perawi tersebut tidak mendengar siapakah perawi sebelumnya dan perawi yang gugur di antaranya secara pasti dan tidak pasti, di antaranya juga sanad yang disebut oleh beberapa orang perawi dengan lafaz Mubham yaitu samar seperti رجل yaitu seorang lelaki, شيخ yaitu
seorang Syeikh atau selain dari keduanya. Ada juga Mazhab yang berpendapat bahawa Hadis Mungqatik sama sahaja dengan Hadis Mursal malah kedua-duanya adalah lengkap bagi setiap Hadis yang tidak bersambung sanadnya. Mazhab ini hampir termasuk ke dalam kelompok Mazhab Fekah, begitu juga mengikut Mazhab lain sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz Abu Bakar Al-Khatib di dalam kitab Kifayahnya. Cuma kebanyakan Hadis yang disifatkan sebagai Mursal adalah dari sudut penggunaan Hadis yang diriwayatkan oleh taabi'ee daripada Nabi s.a.w dan kebanyakan Hadis yang disifatkan sebagai Mungqatik adalah Hadis yang diriwayatkan dari sahabat tanpa perantaraan taabi'ee seperti: Malik meriwayatkan Hadis daripada Umar dan seumpamanya. Begitu juga mengikut cerita Al-Khatib Abu Bakar yang diambil daripada Ulama Hadis bahawa (Hadis Mungqatik adalah Hadis yang diriwayatkan daripada taabi'ee atau bukan daripada taabi'ee adalah Mauquf samada dari kata-kata atau perbuatannya).
Hukumnya:
Hadis Mungqatik adalah Dhaif sebagaimana yang disepakati oleh Ulama kerana tidak mengetahui keadaan perawi yang hilang.
5. Mu’allaq
Pengertiannya pada bahasa:
Diambil dari علَّق الشيء تعليقا جعلو معلقا yaitu menggantung sesuatu supaya bergantung menyebabkan ianya tergantung dan diletak di antara keduanya penghubung dan pengikat. Seolah-olah pergantungan ini di ambil dari menggantung tirai dan menggantung talak kerana perkongsian kedua-duanya dalam memutuskan hubungan mengikut pendapat Ibnu Solah.
Dari sudut istilah:
Hadis yang dibuang seorang perawi atau lebih dari permulaan sanad secara berturut-turut sehingga sebahagian daripada mereka turut membuangnya pada setiap sanad.
Gambarannya:
1 - Membuang kesemua sanad sebagaimana kata-kata mereka: Rasulullah s.a.w bersabda: Begini dan begini.
2 - Membuang kesemua sanad kecuali sahabat sebagaimana kata-kata mereka: Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Begini...
3 - Membuang kesemua sanad kecuali sahabat dan taabi'ee sebagaimana kata-kata mereka: Said bin Al-Musayyab berkata: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah begini dan begini...
Hukumnya:
Hadis Muallak adalah Mardud yaitu tertolak dan tidak boleh berhujah dengannya kerana hilang satu syarat dari syarat Sah Hadis yaitu sanad bersambung kerana kita tidak dapat mengetahui keadaan perawi yang tidak dinyatakan.
Uraian Muallak di dalam dua Kitab Sahih:
Hukum Hadis Muallak adalah Mardud yaitu tertolak dan ianya adalah untuk Hadis Muallak secara umum tetapi sekiranya Hadis Muallak terdapat di dalam kitab Hadis Sahih seperti Sahih Bukhari maka ianya berada dalam dua keadaan
A - Hadis yang diriwayatkan dengan lafaz Jazam seperti قال , ذكََر dan حَكَى maka ianya dihukum Sahih berdasarkan kepada orang yang membuat huraian.
B - Hadis yang diriwayatkan dengan lafaz Bina Majhul seperti قيل , ذكُِرَ dan حُكِيَ maka ianya tidak semestinya Sahih tetapi mungkin juga Sahih, Hasan , Dhaif dan tidak ada Hadis yang lemah yaitu sangat Dhaif. Keadaan ini memerlukan kajian terhadap sanad supaya dapat menentukan hukumnya.
2 - Huraian Bukhari dan Muslim:
Hadis yang diriwayatkan di dalam dua buah kitab Sahih dari huraiannya mempunyai hukum khusus yaitu: Hadis yang diriwayatkan dengan lafaz Jazam seperti قال, فعل ,أمر, روى ,ذكر فلان , maka ianya dihukum Sahih berdasarkan kepada orang yang membuat huraian. Hadis yang diriwayatkan bukan dengan lafaz Jazam seperti: , ييَرُْوَى, يُذكر يُحكى, يُقا dan حُكي maka ianya tidak dihukum sebagai Hadis Sahih. Maksudnya - lafaz ini dinamakan lafaz lemah - Apabila terdapat pada Hadis yang diriwayatkan di dalam dua kitab Sahih dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Hadis tersebut tidak Sahih bahkan memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam,
maka ianya kemungkinan akan menjadi Sahih, Hasan atau Dhaif