Derajat Perawi Hadits
Derajat Perawi Hadits adalah adil Abdul Rahman Bin Abu Hatim Ar-Razi telah membagikan dalam kitab (Al-Jarah Wa Ta'dil) kepada empat peringkat, kemudian Al-Hafiz Az-Zahabi dan Al-Iraqi telah menambahkan satu lagi menjadikannya lima peringkat, sementara Syeikhul Islam Ibnu Hajar telah menjadikannya enam peringkat. Susunan peringkat yang kita paparkan di sini adalah mengikut ibnu Hajar, serta keterangan pada setiap penambahan.
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS
Daftar Isi Kitab
- DERAJAT PERAWI HADITS
- I. DERAJAT ADIL
- A. Pertama Sahabat Nabi
- B. Kedua: Pemilik Sifat Adil
- C. Ketiga: Sifat Diakui tapi Kurang Jelas
- D. Keempat Derajat di bawah derajat yang ketiga
- E. Kelima Darjat mereka kurang sedikit dari peringkat yang benar.
- F. Keenam Ada hadis sedikit tapi tidak ada aib
- Kembali ke: Kitab Musthalah Hadits
DERAJAT PERAWI HADITS
I. DERAJAT ADIL
Abdul Rahman Bin Abu Hatim Ar-Razi telah membagikan dalam kitab (Al-Jarah Wa Ta'dil) kepada empat peringkat, kemudian Al-Hafiz Az-Zahabi dan Al-Iraqi telah menambahkan satu lagi menjadikannya lima peringkat, sementara Syeikhul Islam Ibnu Hajar telah menjadikannya enam peringkat. Susunan peringkat yang kita paparkan di sini adalah mengikut ibnu Hajar, serta keterangan pada setiap penambahan.
A. Pertama Sahabat Nabi s.a.w:
Adalah yang tertinggi antara semua peringkat kerana persahabatan mereka dengan Nabi s.a.w , semua Hadis mereka boleh berhujah tanpa pengecualian kerana semua sahabat adalah adil dengan persepakatan ulama.
B. Kedua: Pemilik Sifat Adil
1 - Mereka yang jelas mendapat sanjungan dan pengiktirafan samada melalui lafaz ( أفعل ) atau pengulangan sifat secara sebutan:
Lafaz yang digunakan:
Bentuk lafaz yang paling jelas ialah dengan menggunakan lafaz kata kelebihan ( أفعل ) seperti lafaz, orang yang paling diakui atau yang paling dipercayai atau hanya dia yang mendapat pengiktirafan. Imam Sayuti berkata: (Pendapatku: Antaranya: Tiada orang yang lebih dipercayai daripadanya, sebagai contoh polan dan polan tidak pernah dipersoalkan).
Ini adalah satu peringkat yang telah ditambah oleh ibnu Hajar.
Apakah boleh berhujah dengan mereka? Ya! Benar.
2 - Mereka yang telah dipastikan memiliki salah satu dari sifat adil.
Bentuk lafaz yang digunakan:
Dipercayai, dipercayai atau dipercayai tegas teliti atau adil kuat ingatan atau seumpamanya.
Ini adalah martabat yang ditambah oleh Imam Az-Zahabi dan Imam Al-Iraqi.
Apakah boleh berhujah dengan mereka? Ya! Benar.
C. Ketiga Mereka yang disifatkan dengan sifat yang diakui tetapi kurang jelas.
Bentuk lafaz kata yang digunakan:
Dipercayai, tetap, boleh berhujah, kuat ingatan atau seumpamanya.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟ Ya! Benar.
D. Keempat Derajat mereka kurang sedikit daripada darjat yang ketiga.
Bentuk lafaz yang digunakan:
Benar, kedudukan benar, tidak mengapa atau ianya tidak mengapa.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟ Ya, tetapi setelah mengkaji dan meneliti serta membuat perbandingan terhadap Hadis-hadis mereka dengan Hadis yang diakui untuk memastikan kuatnya ingatan dan hafalan mereka.
E. Kelima Darjat mereka kurang sedikit dari peringkat yang benar.
Bentuk lafaz yang digunakan:
Seorang yang benar tetapi kurang baik hafalan, Seorang yang benar dan ragu, benar tapi mempunyai keraguan, benar tetapi berubah diakhir-akhir umurnya ianya dapat dikaitkan kepada mereka yang dituduh dengan salah satu dari kumpulan yang melakukan perkara bidaah seperti Syiah, Rafidhah, Qadariah Nasob, mur'jiah dan Jahmiah.
Syiah: Yaitu kumpulan yang menyokong Ali r.a dan mengutamakannya daripada Othman r.a walaupun ada pengiktirafan tentang kelebihan semua sahabat.
Rap'dh: Yaitu pelampau dalam Syiah. Ianya mempunyai beberapa bentuk, antaranya: Mengutamakan Ali daripada tiga orang Khalifah sebelumnya, kadang-kadang mereka lakukan itu dengan kemarahan dan celaan.
Nasob: lawan Syiah, yaitu memusuhi Saidina Ali r.a dan mereka yang menyokongnya.
Qadar: Yaitu pegangan bahawa kejahatan bukan dari Allah, tetapi adalah dari perbuatan manusia.
Irja': Yaitu pegangan bahawa segala amalan bukanlah sebahagian daripada iman dan juga, iman tidak bertambah dan tidak berkurangan.
Jahmiah: Yaitu persepakatan puak Jahmiah pada sesetengah pegangan mereka. dan Jahmiah ialah satu golongan yang menafikan sifat-sifat Allah dan mereka mengatakan Al-Quran adalah makhluk.
Hukumnya:
Mereka menulis Hadis-hadis adalah untuk diambil iktibar. Imam Sayuti berkata: Harus diselidiki dahulu.
F. Keenam Mereka yang hanya mempunyai sedikit Hadis tetapi tidak terdapat suatu keaiban yang menyebabkan Hadisnya yang sedikit itu ditinggalkan.
Bentuk lafaz yang digunakan: Diterima (Makbul).
Apakah boleh berhujah dengannya؟ Tidak boleh berhujah melainkan apabila ada ulama lain yang menyusuli Hadisnya, Tetapi jika dia bersendirian maka dia dipertikai dan tidak boleh dibuat hujah.