Hadits Sahih Hasan Dhaif Maudhuk

Kedudukan Hadits sahih, hasan, dhaif. Shahih li dzatihi Yaitu Hadis yang bersambung sanadnya melalui pembawakan orang yang kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan daripada orang yang kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz yaitu keganjilan dan tanpa ada illat yaitu kecacatan. sahih li ghairihi. Hasan li dzatihi dan hasan li ghairhi. Dhaif
Kedudukan Hadits
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

II. KEDUDUKAN HADITS

A. SHAHIH

1. Shahih li Dzaatihi

Sahih Li Zaatihi ( : ( الصحيح لذاتو

Perkataan Sahih adalah lawan kepada perkataan sakit.

Dari sudut istilah:

Yaitu Hadis yang bersambung sanadnya melalui pembawakan orang yang kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan daripada orang yang kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz yaitu keganjilan dan tanpa ada illat yaitu kecacatan.

Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dalam kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yang dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dengan setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dalam huraian kitab An-Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yang beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dalam kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, yaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang untuk beramal selepas menerima Hadis yang sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yang membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Quran Atau Hadis yang melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yang meriwayatkannya. Ini adalah diambil daripada kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dalam kitab (Ighasah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yang sahih diceritakan kepada orang awam. Dalilnya ialah: Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yang mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dengan itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kepada orang ramai agar mereka dapat bergembira؟ Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha) Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yang masyhur yaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yang telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan yaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yang menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dalam Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kepada syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dalam kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dalam kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yang lain).

5- Hadis yang menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dalam kitab sahih.

6- Hadis yang menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dalam kitab sahih.

7- Hadis yang dianggap sahih oleh ulama-ulama selain daripada keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang daripada mereka.

2. Shahih li Ghairihi

Sahih Li Ghairihi ( الصحيح لغيره ) atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi ( الحسن لذاتو ) apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yang lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:

Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yang masyhur dengan kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yang mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yang lain di mana dengan cara ini diperolehi satu kekuatan yang dapat menggantikan apa yang hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kepada taraf Sahih, cuma ianya bukan ( ) لذاتو Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap ) لغيره ( Li Ghairihi.

B. HASAN

1. Hasan li Dzaatihi

Sifat Musyabbahat ( صفة مشبهة ) daripada kalimah husnu ( حسن ) yang bermaksud cantik dan elok.

Dari sudut istilah:

Hadis yang bersambung sanadnya melalui pembawakan seseopang yang adil, yang berkurangan kekuatan pada hafalannya tanpa terdapat Keganjilan dan tidak ada Kecacatan. Maka perawi pada setiap kedua-dua jenis Hadis tersebut (Sahih dan Hasan) adil tetapi kekuatan hafalan pada taraf Hasan berkurangan berbanding dengan taraf Sahih dan tidak sempurna sepertinya. Ianya dinamakan dengan nama tersebut kerana memandangkan keelokan pada dalamannya, bukan kerana sesuatu pada luarannya dan apabila digunakan lafaz Hasan, maka ianya bersifat الحسن لذاتو) ) Hasan Li Zaatihi.

2. Hasan li Ghairihi

Apabila sesebuah Hadis pada zatnya adalah dhaif, tetapi kedhaifannya boleh diterima untuk dinaikkan taraf melalui cara yang lain kepada taraf Hasan, Hasannya bukan Li Zaatihi ( لذاتو ) tetapi ianya adalah Li Ghairihi لغيره) ) yaitu dhaif yang boleh diterima kesahihannya, maka ianya menjadi Hasan Li Ghairihi ( (حسن لغيره

a- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya tidak dikenali atau tidak masyhur, tidak pelupa tetapi terdapat banyak kesalahan.

b- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya yang lemah hafalannya atau tersalah dan bercampur perkara tersebut di antara kebenaran dan amanah.

c- Dhaif disebabkan sanadnya tidak bersambung, samada ianya Mungqati' atau Mursal.

d- Dhaif disebabkan adanya Mudlis yang meriwayatkan dengan bersambung-sambung ( بالعنعنة ) sedangkan tiada padanya seseorang yang mengambil berat terhadap pembohongan. Keempat-empat jenis ini boleh diterima kesahihannya dan boleh dianggkat kepada taraf Hasan melalui dua syarat:

1- Tidak terdapat syuzuz yaitu keganjilan pada Hadis.

2- Riwayatnya adalah dengan satu cara yang lain atau lebih daripada satu cara Contohnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dikira Hsan melalui riwayat Syukbah daripada Aasim bin Ubaidullah daripada Abdullah bin Aamir bin Rabii'ah daripada ayahnya bahawa seorang wanita daripada Bani Fazarah berkahwin dengan maskahwinnya sepasang kasut. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: (Apakah engkau redha terhadap diri dan harta kamu dengan sepasang kasut؟) Wanita tersebut menjawab: Ya. Maka baginda membenarkannya.
Tirmizi berkata: Di dalam bab yang terdapat riwayat daripada Amru, Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Hadrad.

Maka Asim dikira perawi daif kerana buruk hafalannya tetapi Tarmizi meletaknya pada taraf Hasan kerana ianya dibawa dalam satu bentuk sahaja, tidak ada dalam bentuk lain.

Hukumnya:

Walaupun disebut keadaan Hadis tersebut dengan Hadis Hasan tetapi ianya tidak boleh diletakkan pada taraf yang membolehkan berhujah dan beramal dengannya, kerana asas penerimaan terhadap sesebuah Hadis serta berhujah dengannya adalah bergantung kepada lebih diyakini terhadap kebenarannya daripada pembohongannya dan perkara ini ditegaskan lagi di dalam bahagian Hadis Hasan dan kedua-dua jenisnya.

Pengertian yang dibuat oleh Tirmizi terhadap Hadis Hasan:

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai orang pertama yang diketahui telah membahagikan Hadis kepada Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiah di dalam kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi ( حسن لغيره ) . Beliau telah membuat pengertian di dalam bab kecacatan-kecacatan yang terdapat di dalam kitab Jami'nya, di mana katanya: (Setiap Hadis yang diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada isnadnya perawi yang dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil ( شاذ ) serta diriwayatkan dengan bentuk lain yang seumpamanya, maka pada pendapat kami ianya adalah Hadis Hasan).

C. DHA’IF

Perkataan berlawanan dengan kuat. Dhaif terdapat dalam bentuk fizikal (hissi) dan maknawi. Dhaif yang dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi

Dari sudut istilah:

Pengertian yang dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yang tidak terkumpul padanya sifat-sifat Hadis Sahih dan Hadis Hasan.

Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat-syarat penerimaan kepada beberapa jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a - Hilang syarat sanad yang bersambung. Ianya dapat dibahagikan kepada lima bahagian yaitu:

1-Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian yaitu:

1-Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5- Mudha'af 6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kepada:

1- Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara daripada syuzuz. Ianya dapat dibahagikan kepada satu bahagian sahaja yaitu syaz

e - Hilang syarat terpelihara daripada Illat ( علة ) . Ianya hanyalah satu bahagian sahaja yaitu Muallil ( . ( معلل

Hukum meriwayat dan beramal dengannya:

Hadis-hadis Dhaif yang tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.

Ibnu Taimiah menyebut di dalam kitab Majmuk Al-Fatawa ( مجموع الفتاوي ): (Apabila diketahui ianya adalah batal dan Hadis yang diada-adakan, tidak harus cenderung kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah, tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada pembohongannya. Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib (Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan), maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan Hadis, di dalam Hadis tersebut disertakan dengan sanad-sanad sekalipun perawinya tidak mempunyai kepercayaan yang boleh dibuat hujah.

Begitu juga ada yang berpendapat: Ianya boleb diamalkan dari sudut kelebihan-kelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dengan amalan yang soleh seperti membaca Al-Quran dan berzikir).

Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dalam waktu tertentu dengan bacaan tertentu atau dengan cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan terhadap gambaran yang tertentu ini, tidak tetap dengan dalil syarak).

Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dengan berkata: Maka keputusannya dalam bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dalam keadaan targhib dan tarhib, bukan dalam bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib, yaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).

Kesimpulan daripada kata-kata Ibnu Taimiah yang lepas, yaitu syarat-syarat yang wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yang tidak tetap pembohongannya serta tidak ditegaskan kebenarannya. Syaratsyarat tersebut ialah:

1- Hendaklah terkandung dalam asas amalan seperti membaca Al-Quran dan doa.

2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah yaitu daripada perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan seumpamanya.

3- Ianya bukan perkara batil yang dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan ianya perkara yang dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah dengannya dalam semua perkara.

D. MAUDHU’

Pengertiannya pada bahasa:

اسم مفعول daripada kalimah وضع yaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana tergugur kedudukannya.

Dari sudut istilah:

Berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda.

Kedudukannya:

Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama menjadikannya satu bahagian yang berasingan, tidak tergolong daripada Hadis-hadis Dhaif dan tidak digunakan padanya dengan lafaz Hadis melainkan dari sudut orang yang memaudhukkannya.

Hukum meriwayatkannya:

Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yang dibuat-buat Dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w, melaikan jika diiringi dengan keterangan tentangp Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: (Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja maka disediakan tempatnya di dalam Neraka).

Sabda Baginda lagi: (Sesiapa yang memperkatakan sesuatu tentang aku dengan percakapan yang diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang pembohong).

Tanda-tanda Hadis Maudhuk:

Para ulama telah menggariskan kaedah-kaedah untuk mengenali Hadis-hadis Maudhuk. Di antara kaedahkaedah tersebut ialah:

1- Pengakuan daripada pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yang mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis-hadis Kelebihan Surah.

2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan daripada syeikh yang terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dengannya, meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat yang beliau mendakwa pernah mendengarnya seperti Makmun bin Ahmad Al-Harawi yang mendakwa pernah mendengar daripada Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya padanya: Bilakah kamu memasuki Syam؟ Beliau menjawab: Pada tahun 250 Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yang diriwayatkan oleh Makmun telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

3- Terdapat bukti pada matan yang menunjukkan pembohongannya, seperti terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat kelemahan pada lafaz dan tergugur makna, seperti riwayat: Sekiranya beras ( الأرز ) seorang lelaki tentu dia akan bersifat pemurah. Kata begini bukanlan diambil daripada kata-kata cendikiawan apatah lagi kata-kata penghulu segala Nabi-nabi. Tajuk perbahasan adalah pada kelemahan makna sekalipun lafaznya elok kerana kemungkinan dia meriwayatkannya dengan makna dan mengubah lafaz-lafaznya dengan yang tidak fasih.

4- Bersalahan dengan akal, fizikal dan penyaksian: Seperti riwayat daripada Ar-Rahman bin Zaid bin bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat

5- Bersalahan dengan keterangan Al-Quran dan sunnah yang sahih, yang tidak boleh ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku melainkan jika dikehendaki oleh Allah, maka ianya bersalahan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi) dan seperti apa yang bersalahan terhadap kebenaran sunnah yang mutawatir (Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).

6- Bersalahan dengan data sejarah yang diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti riwayat dikenakan Jizyah ke atas orang Yahudi selepas perang Khaibar dan tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dengan disaksikan oleh Saad bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian Sedangkan ketetapan sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut yaitu dalam peperangan Khandak. Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun
pembukaan Mekah.

7- Khabar tentang perkara yang penting berulang dakwaan pembawakannya seperti yang berlaku dengan disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya melainkan seorang sahaja dan yang lainnya menyembunyikannya, seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas orang ramai mengenalinya: (Kanak-kanak ini adalah, saudaraku dan akan menjadi
khalifah selepasku, maka hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya) Adakah seseorang Muslim boleh menerima berita yang menunjukkan semua sahabat telah sepakat untuk menyembunyikannya ketika mereka memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan dengan dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sebagai khalifah mereka؟.

8- Mengandungi balasan yang berat teradap dosa kecil atau pahala yang banyak terhadap amalan yang sedikit.

Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah لا إلو إلاالله maka Allah akan menciptakan untuknya seekor burung yang mempunyai tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu bahasa yang sentiasa meminta keampunan untuknya).
LihatTutupKomentar