Lafaz Penyampaian Hadits

Lafz, ucapan, kalimat, redaksi dalam menyampaikan hadis. Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk mengkhususkan sesetengah lafaz mengikut jalan-jalan pengambilan Hadis. Walau bagaimanapun sesetengah ulama Hadis seperti Imam Bukhari tidak mengikuti sighah (bentuk ayat) dan lafaz kerana kitab sahihnya dikarang sebelum ditentukan lafaz-lafaz pengambilan secara khusus.
Lafaz Penyampaian Hadits
Daftar Isi Kitab

b. Lafaz Penyampaian

Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk mengkhususkan sesetengah lafaz mengikut jalan-jalan pengambilan Hadis. Walau bagaimanapun sesetengah ulama Hadis seperti Imam Bukhari tidak mengikuti sighah (bentuk ayat) dan lafaz kerana kitab sahihnya dikarang sebelum ditentukan lafaz-lafaz pengambilan secara khusus.

Bentuk lafaz yang digunakan oleh Ahli Hadis untuk meriwayatkan Hadis dan faedahnya ialah:

1- Aku Telah Mendengar : سمعت

Ianya satu ibarat yang paling tinggi dari ibarat lain dan ia jelas pada pendengaran. Jarang sekali seseorang menggunakan lafaz: (Aku telah dengar) pada Hadis-hadis yang diijazahkan serta yang ditulis dan tidak juga pada Hadis Tadlis yang tidak didengarinya.

2- Telah Menceritakan Kepada Kami dan Telah Menceritakan Kepada Aku حدثنا وحدثنى

Lafaz-lafaz ini digunakan bagi pendengaran daripada lafaz Syeikh. Mengikut kedudukan lafaz, lafaz-lafaz ini berada selepas lafaz (Aku Dengar). Bagi Hadis yang diijazahkan, sebahagian pakar ilmu ini menggunakan lafaz: (Telah menceritakan kepada kami).

Sebagai contoh Hadis yang diriwayatkan daripada Hasan katanya: Abu Hurairah r.a menceritakan kepada kami lalu ditakwilkan bahawa Hadis ini diceritakan oleh Abu Hurairah kepada penduduk Madinah kerana pada waktu itu Hasan tidak mendengar sesuatu pun daripada Abu Hurairah r.a sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Abu Bakar bin Al-Khatib. Ibnu Solah berpendapat bahawa Hasan memang mendengar daripada Abu Hurairah r.a ataupun mungkin juga kata-katanya: (telah menceritakan kepada kami) adalah merupakan kesilapan perawi yang meriwayatkannya. Mengikut cerita yang diriwayatkan daripada kaum terdahulu dan selepasnya seperti Az-Zahari, Malik dan selain daripada keduanya bahawa mereka diijazah menggunakan lafaz (telah menceritakan kepada kami) pada riwayat-riwayat yang dilakukan secara penyerahan. Pendapat yang sahih dan terpilih dalam masalah ini ialah pendapat yang diamalkan oleh sebahagian besar Ulama, begitu juga pendapat yang dipilih oleh ahli Wara' tetap menegah dari meriwayat dengan cara begitu. Sekiranya ingin meriwayat secara pemindahan mereka mengkhususkannya dengan ibarat yang dirasakan
ada hubungan pengikat dengan bentuk riwayat seperti menyebut: (Si Polan telah menceritakan kepada kami secara penyerahan) atau selainnya.

3- Telah Diberitahu Kepada Kami ( : (أخبرنا

Lafaz ini banyak digunakan pada Hadis yang didengar daripada Syeikh sehingga sekumpulan ahli ilmu ini jarang sekali memberitahu apa yang mereka telah dengar daripada lafaz yang diceritakan kepada mereka kecuali mereka berkata: (Telah memberitahu kepada kami) di antara mereka ialah Hamaad bin Salamah, Abdul Razak bin Hammam, Yazid bin Harun dan selain daripada mereka. Muhammad bin Abi Al-Fawaaris berkata: Hasyim, Yazid bin Harun dan Abdul Razak tidak berkata melainkan: (Telah memberitahu kepada kami) sehinggakan apabila aku melihat (Telah menceritakan kepada kami) maka ianya dianggap sebagai kesilapan penulis. Ibnu Solah berkata: Semua perkara ini adalah sebelum lafaz (Telah memberitahu kepada kami) digunakan pada Hadis yang dibaca di hadapan Syeikh.

Sebenarnya terdapat beberapa pandangan mazhab ulama di dalam penggunaan lafaz (Telah memberitahu kepada kami) bagi bacaan di hadapan Syeikh: Sebahagian ahli Hadis menegahnya dan ada yang berkata bahawa pendapat ini adalah pendapat Ibnu Al-Mubarak, Yahya bin Yahya At-Tamimi, Ahmad bin Hanbal, An-Nasai'e dan lain-lain. Manakala sebahagian daripada mereka pula berpendapat diharuskan perkara tersebut dan ada yang berkata bahawa: Mazhab ini adalah mazhab sebahagian besar ulama Hijaz, Kufah serta kata-kata Az-Zahari, Malik dan Sufian bin Uyainah. Pendapat ini juga merupakan pendapat Imam Bukhari, Imam Hadis bagi Jemaah Ahli Hadis. Begitu juga pendapat ini merupakan pendapat Imam Syafie dan para sahabatnya yang dipindahkan daripada Imam Muslim pengarang kitab Muslim. Diceritakan daripada kaum yang terdahulu dan selepasnya seperti Az-Zahari dan Malik sesungguhnya mereka mengharuskan penggunaan ( أخبرنا ) pada riwayat secara penyerahan. Malik dan selain daripada keduanya. Manakala pendapat yang sahih dan terpilih dalam masalah ini ialah pendapat yang diamalkan oleh sebahagian besar Ulama, begitu juga pendapat yang dipilih oleh ahli Wara' tetap menegah dari meriwayat dengan cara begitu. Sekiranya ingin meriwayat secara pemindahan mereka mengkhususkannya dengan ibarat yang dirasakan ada hubungan pengikat dengan bentuk riwayat seperti menyebut: (Si polan memberitahu kepada kami secara penyerahan) atau selainnya.

4- Telah Disampaikan kepada kami أنبأنا atau : نبأنا

Cara ini adalah terlalu sedikit digunakan bagi Hadis yang didengar daripada Syeikh.

5-Fulan telah berkata kepada kami atau fulan telah menyebut kepada kami:

Lafaz ini adalah sama seperti ( حدثنا فلان ) yaitu Polan telah menceritakan kepada kami tetapi tidak sama dengan apa yang didengarinya semasa menyebutnya. Lafaz ini adalah menyerupai dengan ( حدثنا ) . Lafaz ini dibawa melalui pendengaran apabila diketahui pertemuan dengannya dan pendengaran daripadanya itu adalah dengan jumlah yang ramai. Apabila diketahui keadaannya dia tidak berkata: ( قال فلان ) kecuali apa yang didengari
daripadanya sebagaimana Hajjaj bin Muhammad Al-A'war telah meriwayatkan secara bertulis daripada Ibnu Juraij dan dia menyebut: (Ibnu Juraij berkata). Lalu orang ramai mengambil dan berhujah dengan riwayatnya, sesungguhnya dalam keadaan ini beliau hanya meriwayatkan apa yang didengarinya.

6- Aku membaca kepada Polan atau dibaca kepada Polan dan aku mendengarnya lalu beliau mengakuinya:

Ini adalah lebih baik dan lebih selamat apa yang digunakan dalam pembacaan terhadap Syeikh seperti (Diceritakan kepada kami apa yang dibacanya atau diberitakan kepada kami apa yang dibacanya).

7- Ditulis kepada Fulan:

Lafaz ini digunakan dalam penerimaan Hadis secara penulisan. Oleh yang demikian Hadis ini boleh diamalkan bagi mereka malah dikira sebagai Musnad yang bersambung. Ianya menunjukkan bukti yang kuat tentang Ijazah seperti: (Diberitahu kepada aku secara penulisan atau tulisan).

8- Aku membaca atau aku dapati tulisan Polan daripada Fulan:

Cara ini digunakan dalam penerimaan Hadis melalui cara Wijadah.

9- Polan dari Polan atau bahawa Polan:

Dua syarat pengambilan Hadis secara bersambung:
(a) Perawi tersebut tidak mudlis.
(b) Berlaku pertemuan sebagaimana syarat Imam Bukhari atau hidup sezaman sebagaimana syarat Imam Muslim.
LihatTutupKomentar