10/20/2019

Nama-nama Perawi Hadits

Tags

Nama-nama Perawi Hadits

Daftar Isi Kitab

2. Nama-nama Perawi

1 - Al-Muttafik Dan Al-Muftarik:

Pengenalannya dari sudut bahasa:
المتَّفِق adalah اسم فاعل dari الاتفاق yaitu bersepakat manakala المفترِق adalah اسم فاعل dari الافتراق yaitu berselisih.
Dari sudut istilah:
Terdapat persamaan dari sudut nama perawi, nama bapa, gelaran dan keturunan mereka dari sudut lafaz, tulisan
serta berbeza perawinya.

Gambarannya:

Terdapat tujuh gambaran Al-Muttafik dan Al-Muftarik:

1- Persamaan dari sudut nama perawi dan nama bapa mereka seperti Khalil bin Ahmad. Ulama yang digelar dengan nama ini adalah seramai enam orang.

Pertama: Ulama Nahu yang terkenal yaitu Syeikh Sibawaih.
Kedua: Abu Basyar Al-Mazni Al-Basri.
Ketiga: Asbahani yang diriwayatkan daripada Ruh bin Ubadah.
Keempat: Abu Said As-Sajzi Al-Qadi Al-Hanafi.
Kelima: Abu Said Al-Basati yang Hadisnya diriwayatkan oleh Baihaqi.
Keenam: Abu Said Al-Basati Asy-Syafie yang membawa masuk ilmu ke Al-Andalus.

2- Persamaan dari sudut nama perawi, nama bapa dan datuk mereka atau lebih dari itu seperti Muhammad bin Yaakub bin Yusuf An-Naisaburi, kedua-duanya hidup dalam masa yang sama. Salah seorang daripadanya dikenali dengan nama Abi Al-Abbas Al-Asim dan yang keduanya dikenali dengan nama Abu Abdullah bin Al-Ahzam Asy-Syaibani Al-Hafiz.

3- Persamaan dari sudut gelaran perawi dan keturunan mereka seperti Abi Umran Al-Jauni. Peringkat ini terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Abdul Malik bin Habib Al-Jauni dari kalangan taabi'ee.
Kedua: Musa bin Sahl bin Abdul Hamid Al-Basri dari kalangan orang yang terakhir.

4- Persamaan dari sudut nama perawi dan gelaran bapa mereka seperti Soleh bin Abi Soleh, mereka terdiri dari
empat orang:

Pertama: Maula At-Tawaamah dimana nama bapanya ialah Nabhan.

Kedua: Perawi yang bapanya bernama Abu Soleh Zakuan As-Siman.

Ketiga: As-Sadusi yang diriwayatkan daripada Ali dan Aisyah manakala Hadisnya pula diriwayatkan oleh Khallad bin Umar.

Keempat: Maula Amru bin Harith dan bapanya bernama Mahran.

5- Persamaan dari sudut nama perawi dan nama bapa serta keturunan mereka seperti Muhammad bin Abdullah Al-Ansari, keduanya dalam peringkat yang berhampiran.

Pertama: Qadi yang masyhur yaitu Abu Abdullah yang Hadisnya diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.
Kedua: Abu Salamah beliau adalah dhaif dan datuknya bernama Ziad.

6- Persamaan perawi dari sudut nama sahaja atau dari sudut gelarannya sahaja. Disebut di dalam sanad tanpa menyebut nama bapanya atau nisbah yang dapat membezakannya. Bahagian ini dikenali dengan (Al-Muhmal) seperti Hamad kerana tidak diketahui samada beliau anak Zaid ataupun anak Salamah bahkan beliau diketahui melalui perawi yang meriwayatkan Hadis daripadanya.

Oleh yang demikian apabila disebut dengan nama (Abdullah) akan terdapat kesamaran. Jika disebut dari madinah maka beliau adalah Ibnu Umar, apabila disebut dari Mekah maka beliau adalah Ibnu Az-Zubir, apabila disebut dari Kufah maka beliau adalah Ibnu Mas'ud, apabila disebut dari Basrah maka beliau adalah Ibnu Abbas dan apabila disebut dari Khurasan maka beliau adalah Ibnu Al-Mubarak.

7- Persamaan perawi yang dinisbahkan dari sudut lafaz dan tidak mempunyai persamaan dari sudut yang dinisbahkan kepadanya seperti nama gelaran Hanafi yang dinisbahkan kepada Bani Hanifah atau kabilah dan dinisbahkan juga kepada Mazhab Hanafi.

Faedahnya:

1- Supaya perawi yang mempunyai persamaan pada nama tidak disangka seorang diri sedangkan mereka terdiri dari kumpulan yang ramai.

2- Untuk membezakan perawi yang mempunyai persamaan pada nama samada salah seorang daripadanya boleh dan seorang lagi adalah dhaif.

Untuk membezakan persamaan dengan mana-mana bahagian yang telah lalu melalui perawi yang meriwayatkan daripadanya, melalui perawi yang asal atau melalui keterangannya melalui cara yang lain. Sekiranya tidak dinyatakan tentang persamaan perawi sedangkan Hadis yang diriwayatkan adalah riwayat bersama maka ini adalah satu masalah yang rumit untuk dirujuk oleh orang yang biasa membuat sangkaan, pengkaji Hadis atau pun orang biasa. Oleh yang demikianlah Al-Khatib Al-Baghdadi telah menyusun sebuah kitab yaitu (Al-
Muttafik wal Muftarik).

2- Al-Mu'talaf dan Al-Mukhtalaf:

Pengenalannya dari sudut bahasa:

المؤتلف adalah اسم فاعل dari الائتلاف bererti الاجتماع yaitu berhimpun dan الاتفاق yaitu bersatu manakala المختلف pula ialah: اسم فاعل dari الاختلاف yaitu berbeza lawannya الاتفاق yaitu bersatu. Dari sudut istilah: Terdapat persamaan ejaan pada nama perawi, gelaran, panggilan dan keturunan mereka tetapi berbeza pada sebutannya. Persamaan dan perbezaan terlalu banyak dan kebanyakannya tidak terjaga dan penjagaannya ialah melalui hafalan secara terperinci malah perkara ini telah dimasukkan di bawah penjagaan orang yang banyak menyebutnya:

1- Pada umumnya perkataan atau nama Salam semuanya ditasydidkan pada huruf (Lam) kecuali pada nama lima orang yang berikut yaitu: Ayah Abdullah bin Salam berasal dari keturunan Israil dan dia merupakan seorang sahabat, Muhammad bin Salam bin Al-Faraj Al-Bikindi yang merupakan guru kepada Imam Al-Bukhari, Salam bin Muhammad bin Nahid Al-Muqaddasi yang dinamakan oleh At-Tabrani sebagai nama Salamah, datuk kepada Muhammad bin Abdul Wahab bin Salam dari kalangan Mu'tazilah Al-Jabaiah dan Salam bin Abi Al-Haqiq.

2- Apa yang dikhususkan oleh Kitab Sahih Bukhari dan Kitab Sahih Muslim sahaja ataupun kedua-duanya bersama dengan Kitab Muata' seperti perkataan (Yasar) semuanya didatangkan dengan perkataan muthanna yaitu (duaan) kemudian Muhmalah yaitu dengan tidak bertitik kecuali pada nama Muhammad bin Basysyar dengan muwahhadah dan mu'jamah. Sebagai contoh perkataan (Bisyru) semuanya didatangkan dengan kasri Al-Muwahhadah dan iskan Al-mu'jamah kecuali pada empat tempat sahaja didatangkan dengan Dommi (baris
hadapan) Al-Muwahhadah dan ahmal huruf (Sin). Mereka ialah Abdullah bin Busr dari kalangan sahabat, Busr bin Said, Busr bin Ubaidillah dan Busr bin Muhjan Ad-Dailami.

Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini.. Konsultasi agama, kirim via email: alkhoirot@gmail.com

Untuk Konsultasi Agama kirim ke: alkhoirot@gmail.com atau info@alkhoirot.com
Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini!

EmoticonEmoticon