Al-Mutasyabih

al mutasyabih adalah kesamaran manakala maksudnya di sini ialah المُلْتَبِس ertinya Hadis yang kesamaran. Dari sudut istilah: Terdapat persamaan nama perawi tetapi berbeza pada nama bapa dalam bentuk lafaz dan tidak berlaku dalam bentuk tulisannya atau sebaliknya.
Al-Mutasyabih
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

3 - Al-Mutasyaabih:

Pengenalannya pada bahasa:
المتشابو adalah اسم فاعل dari ( التشابو ) bererti التماثل kesamaran manakala maksudnya di sini ialah المُلْتَبِس ertinya Hadis
yang kesamaran.

Dari sudut istilah:

Terdapat persamaan nama perawi tetapi berbeza pada nama bapa dalam bentuk lafaz dan tidak berlaku dalam bentuk tulisannya atau sebaliknya.

Gambarannya:

Ia mempunyai dua gambaran:

1- Persamaan pada nama perawi dan berbeza pada nama bapa seperti Musa bin Ali. Semuanya dilafazkan secara baris di atas pada huruf (Ain) kecuali Musa bin Ula bin Rabah yang dilafazkan dengan baris hadapan pada huruf (Ain) dan di antara mereka ada juga yang melafazkan secara baris di atas.

2- Tidak ada persamaan pada nama perawi tetapi mempunyai persamaan pada nama bapa. Sebagai contoh Suraij bin Nu'man yang dilafazkan dengan huruf (Sin) dan huruf (Jim). Datuknya bernama Marwan Al-Lu'luai Al-Baghdadi dimana Imam Bukhari telah meriwayatkan Hadis daripadanya. Begitu juga dengan perawi yang bernama Syuraih bin Nu'man yang dilafazkan dengan huruf (Syin) dan diakhiri dengan huruf (Ha'). Beliau adalah dari kalangan taabi'ee, beliau adalah termasuk dari kalangan Sunan Arba'ah Hadis Wahid yang diriwayatkan daripada Saidina Ali bin Abu Talib dimana kedua-duanya masih kecil.

Faedahnya:

Untuk menjaga nama-nama perawi, mengelakkannya daripada berlaku kesamaran dan ragu-ragu serta berlaku kesalahan.

4 - Al-Mubham:

Pengertiannya secara bahasa:

اسم مفعول dari الإبهام ertinya tidak jelas lawannya الإيضاح ertinya jelas.

Pengertiannya dari sudut istilah:

Perawi yang tidak menjelaskan namanya pada matan ataupun sanad, samada dari kalangan lelaki atau perempuan.

Bahagiannya:

Mubham terbahagi kepada empat bahagian yaitu:

1 - Mubham berlaku terhadap lelaki atau perempuan, pada dua orang lelaki atau dua orang perempuan atau terhadap beberapa orang lelaki dan beberapa orang wanita. Ini merupakan bahagian yang paling rumit dan bahagian Mubham yang paling kuat seperti Hadis Ibnu Abbas sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Adakah Haji diwajibkan pada setiap tahun؟ Lelaki yang bertanya itu ialah Al-Aqra' bin Habis.

Begitu juga dengan Hadis seorang perempuan yang bertanya tentang bersuci dari Haid, maka Rasulullah s.a.w menjawab kepadanya: (Ambillah secebis kain) beliau ialah Asma' binti Yazid bin As-Sakan manakala dalam riwayat Muslim pula beliau ialah Asma' binti Syakal.

2 - Berlakunya Mubham diantara anak lelaki dan anak perempuan atau pun berlaku Mubham diantara saudara lelaki dan saudara perempuan atau berlakunya Mubham di antara anak saudara dari pihak lelaki atau anak saudara dari pihak perempuan, seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Atiah dalam masalah mandi anak perempuan Nabi s.a.w dengan air dan bidara, beliau ialah Zainab r.a.

3 - Berlaku juga Mubham di antara bapa saudara dan ibu saudara dari pihak ayah, bapa saudara dan ibu saudara dari pihak ibu, berlakunya Mubham di antara ayah, ibu atau pun datuk, nenek dan sebagainya seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Rafi' bin Khadij daripada bapa saudaranya tentang memberi dan menerima riwayat.

Beliau ialah Zuhair bin Rafi' bin Zuhair bin Al-Haris. Begitu juga seperti ibu saudara Jabir yang telah menangisi kematian ayahnya ketika terbunuh dalam peperangan Uhud sebagaimana yang terdapat dalam Hadis Sahih. Beliau ialah Fatimah binti Amru bin Haram sebagaimana yang terdapat di dalam Musnad At-Tayalisi.

4 - Berlaku juga Mubham di antara suami atau isteri dan di antara hamba atau ibu bagi anak tuannya seperti Subai'ah Al-Aslamiah yang telah melahirkan anak beberapa malam selepas kematian suaminya sebagaimana yang terdapat di dalam Hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Beliau ialah Saad bin Khaulah, di antaranya juga ialah isteri Abdul Rahman bin Az-Zubir dimana beliau adalah bekas isteri Rifa'ah Al-Qurzi yang telah diceraikannya. Namanya ialah: Tamimah binti Wahab secara baris di atas pada huruf (Ta') dan dikatakan juga namanya Tumimah dengan baris hadapan pada huruf (Ta') dan dikatakan juga namanya ialah Suhaimah.

Di antara Mubham yang tidak nyata sebutannya tetapi ianya boleh difahami dari bentuk percakapan sebagaimana kata-kata Imam Bukhari: (Muaz berkata: Duduklah bersama kami seketika untuk menambahkan iman) ada pun orang yang berkata kepadanya ialah Mutwi' beliau ialah Al-Aswad bin Hilal. Mubham itu diketahui dengan riwayat yang disebutkan namanya pada sesetengah riwayat yang lain dan ini adalah satu perkara yang nyata dan ramai dari kalangan mereka telah diriwayatkan Hadis-hadisnya oleh pencari Hadis. Kadang-kadang mereka mengambil dan menjadikan dalil dengan riwayat daripada Hadis-hadis yang lain secara menisbahkan perawi yang Mubham di dalam riwayatnya. Al-Iraqi telah berkata: Dia mempunyai pandangan untuk mengharuskan apa yang berlaku itu dengan dua perkara.

Faedahnya:

1 - Supaya dapat mengetahui Mubham pada sanad Hadis untuk menghukumkan samada Hadis tersebut Sahih atau pun Dhaif.

2 - Supaya dapat mengetahui Mubham pada matan Hadis untuk mengetahui orang yang menceritakan Hadis, khususnya apabila terdapat pada Hadis yang menceritakan tentangnya.

5 - Al-Wuhdan:

Pengertiannya dari sudut bahasa: Al-Wuhdan kata jamak dari perkataan wahid.

Pengertiannya dari sudut istilah:

Hanya seorang sahaja yang meriwayatkan Hadis daripada mereka.

Contohnya: Dari kalangan sahabat: Wahab bin Khimbash, Aamir bin Syahr, Urwah bin Madris Muhammad bin Saifi. Hadis daripada mereka ini hanya diriwayatkan oleh Asy-Sya'bi tetapi terdapat perselisihan pada Aamir, ada yang mengatakan bahawa: Ibnu Abbas telah meriwayatkan ceritanya yang memperkatakan tentang Saif bin Umar dalam peperangan Riddah yaitu (peperangan memerangi orang-orang yang murtad). Begitu juga terdapat perselisihan pada Urwah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-Mazzi bahawa sepupunya yang bernama Hamid At-Taa'iy telah meriwayatkan Hadis daripadanya. Hanya Qais bin Abi Hazim seorang sahaja yang meriwayatkan Hadis daripada bapanya, daripada Dukain, daripada As-Sunabih bin Al-Aa'sar dan daripada Mirdas bin Malik Al-Aslamiy tetapi terdapat perselisihan padanya tentang periwayat daripada As-Sanabih sebagaimana Al-Iraqi telah berkata bahawa: Al-Haris bin Wahab juga telah meriwayatkan Hadis daripada As-Sanabih.

Di antara para sahabat yang Hadisnya hanya diriwayatkan oleh anaknya sahaja ialah: Musayyib bin Hazin Al-Qurasyiyyi bapa kepada Said, Muawiah bin Haidah bapa kepada Hakim, Qurah bin Iyas bapa kepada Muawiyah dan Abu Laila Al-Ansari bapa Abdul Rahman.

Manakala dari kalangan taabi'een pula ialah: Abu Al-Usyara'. Hadisnya hanya diriwayatkan oleh Hamad bin Salamah. Hadis daripada Naif pula hanya diriwayatkan oleh Az-Zuhuri dan hanya beliau seorang sahaja yang meriwayatkan Hadis daripada dua puluh orang Taabi'een yang lain. Di antara mereka sebagaimana yang disebutkan ialah Al-Hakim Muhammad bin Abi Sufian bin Harithah As-Saqafi dan Amru bin Abi Sufian bin Al-Ala' As-Saqafi.

Faedahnya:

Untuk mengetahui orang yang tidak dikenali apabila mereka bukan dari kalangan sahabat, maka riwayatnya tidak akan diterima.

Terdapat juga dua orang perawi yang meriwayatkan Hadis dari seseorang dimana jarak kematian di antara keduanya adalah terlalu jauh sebagai contoh Hadis daripada Muhammad bin Ishak As-Siraj telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Al-Khafaf. Jarak kematian di antara keduanya ialah selama seratus tiga puluh tujuh tahun atau lebih. Faedahnya ialah untuk mencapai kemanisan pada ketinggian isnad di dalam hati dan supaya tidak terdapat keraguan bahawa adanya sesuatu yang terjatuh daripada isnad.
LihatTutupKomentar