1/22/2018

Kaidah-Kaidah Ilmu Hadis

Tags

Kaidah-Kaidah Ilmu Hadis
Ilmu hadis dilihat dari segi riwayatnya ialah ilmu yang mengandungi semua nukilan yang bersumber daripada Nabi (s.a.w) berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat-sifat akhlak dan keperibadiannya.

Nama kitab: Terjemah Ibanatul Ahkam (Ibanah Al-Ahkam) Syarah Bulughul Maram
Judul kitab asal: إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام في شرح أحاديث الأحكام
Pengarang: Alawi Abbas Al-Maliki ( السيد علوي بن عباس المالكي)
dan Hasan Sulaiman An-Nuri (حسن سليمان النوي)
Penerjemah: Nor Hasanuudin H.M. Fauzi
Bidang studi: Hadits hukum

Daftar Isi

  1. Kaidah-Kaidah Ilmu Hadis
  2. Pembukuan Hadis dan Penjelasan Jalur-Jalurnya
  3. Keutamaan Pembukuan Hadis dan Jawapan Terhadap Larangan Mengenainya
  4. Mukaddimah 1
  5. Mukaddimah 2
  6. Download Terjemah Ibanah
  7. Download Terjemah Bulughul Marom
  8. Kembali ke: Terjemah Ibanatul Ahkam

KAEDAH-KAEDAH ILMU HADIS

Al-Hadits menurut istilah bahasa artinya ialah lawan kata dari kuno, yakni baru. Sedangkan menurut istilah, ilmu hadis dilihat dari segi riwayatnya ialah ilmu yang mengandungi semua nukilan yang bersumber daripada Nabi (s.a.w) berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat-sifat akhlak dan keperibadiannya.

Subjek hadis ialah diri Nabi (s.a.w) dari segi perkataan, perbuatan, dan pengakuannya.

Keutamaannya, ilmu ini termasuk ilmu yang paling mulia kerana dengannya mampu mentafsirkan al-Qur‟an dan mengetahui tatacara mengikuti jejak langkah Nabi (s.a.w).
Tujuannya ialah memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Tajuknya, termasuk ilmu syariat yang kedudukannya sesudah al-Qur‟an.
Nama ilmu ini ialah ilmu hadis riwayat.

Hukum mempelajarinya wajib „ain bagi orang yang bersendirian mempelajarinya dan wajib kifayah apabila berbilang, yakni ada orang lain yang mempelajarinya.
Ilmu ini bersumber daripada Nabi (s.a.w) melalui perkataan, perbuatan dan ketetapannya. Ketetapan Nabi (s.a.w) ialah semua perbuatan yang dilakukan di hadapan Nabi (s.a.w) diakui dan tidak diingkarinya, atau suatu perbuatan yang dilakukan tanpa dihadiri oleh baginda lalu ketika perkara itu disampaikan kepa-danya, baginda tidak mengingkarinya padahal mampu untuk mengingkarinya

Keutamaan ilmu ini sangat besar. Imam al-Tirmizi meriwayatkan satu hadis berikut dengan sanadnya daripada „Abdullah ibn Mas‟ud (r.a), bahawa Ra-sulullah (s.a.w) bersabda:

“Semoga Allah menyinari orang yang mendengar perkataanku, lalu dia menghafalnya dan menyampaikannya (kepada orang lain) seperti apa yang dia dengar.”

Pembukuan Hadis dan Penjelasan Jalur-Jalurnya

Orang yang mula-mula membukukan hadis ialah Imam Ibn Syihab al-Zuhri pada masa pemerintahan Khalifah „Umar ibn „Abdul „Aziz rahimahullah setelah mendapat arahan daripadanya. Ini dilakukan setelah seratus tahun kewafatan Rasulullah (s.a.w). Khalifah „Umar ibn „Abdul „Aziz adalah seorang mujaddid (pembaharu) umat ini (umat Islam) mengenai urusan agama pada penghujung abad pertama. Beliau memerintahkan para pengikutnya yang menekuni hadis agar menghimpun seluruh hadis. Seandainya tidak ada usaha ini, nescaya banyak hadis yang hilang. Beliau mengirim surat ke seluruh kota besar dan seluruh kawasan negeri Islam supaya para ulama meneliti semua hadis, lalu menghimpunnya kerana dikhuatiri akan hilang. Beliau pernah mengirim surat kepada Abu Bakar ibn Hazm, seperti yang disebut dalam kitab Shahih al-Bukhari untuk tujuan menghimpun hadis.

Ulama yang mula-mula menghimpun hadis ialah al-Rabi‟ ibn Shabih dan Sa‟id ibn Abu „Arubah. Kemudian Imam Malik menulis kitab al-Muwattha‟. Di dalam kitabnya itu, Imam Malik bertujuan memperkuat hadis-hadisnya dengan hadis-hadis yang ada pada ulama Hijaz, lalu menggabungkannya dengan pendapat para sahabat, para tabi‟in, dan fatwa-fatwa mereka.

Ibn Juraij di Mekah pun turut menulis hadis, „Abdurrahman al-Auza‟i turut menghimpunnya di negeri Syam, Sufyan al-Tsauri di Kufah, Hammad ibn Salamah di Basrah, Hasyim di Wasith, Mu‟ammar di Yaman, Ibn al-Mubarak di Khurrasan, dan Jarir ibn „Abdul Hamid di al-Rayy.

Kemudian ada sebahagian imam yang menghimpun hadis Rasulullah (s.a.w) secara khusus, berbeza dengan yang lain; antara lain ialah usaha yang dilakukan oleh Musaddad al-Bashri yang menulis kitab al-Musnad; dan Nu‟aim ibn Hammad yang menulis kitab al-Musnad pula.

Di antara mereka ada yang menyusunnya berdasarkan sanad-sanadnya. Dalam kaitan ini, Imam Ahmad menulis kitab al-Musnad. Ada pula yang menyusunnya berdasarkan bab, seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar ibn Abu Syaibah. Ada pula yang menyusunnya mengikut susunan hukum-hakam fiqh. Orang yang menekuni bidang ini antara lain ada yang hanya terikat dengan hadis-hadis sahih semata, seperti Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Di antara mereka ada yang tidak terikat dengan hadis-hadis sahih semata, seperti usaha yang dilakukan oleh empat ulama hadis lain yang termasuk ke dalam kategori al-Sittah; mereka adalah Abu Dawud, al-Tirmizi, al-Nasa‟i, dan Ibn Ma-jah. Ada pula ulama yang membatasi diri dengan menghimpun hadis yang mengandung targhib dan tarhib, seperti yang telah dilakukan oleh Imam Zakiyuddin „Abdul „Azhim al-Mundziri di dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib. Ada pula yang membuang sanadnya dan hanya menyebut matan hadisnya, seperti yang dilakukan oleh Imam al-Baghawi di dalam kitabnya al-Mashabih.

Keutamaan Pembukuan Hadis dan Jawapan Terhadap Larangan Mengenainya

Ijmak fi‟li telah bersepakat untuk menghimpun Sunnah, yakni menulis hadis merupakan satu perkara yang diperakui oleh syariat. Tanpa ada usaha membukukan hadis, nescaya hadis punah pada masa-masa sekarang ini. Adapun mengenai riwayat yang melarang menulis Sunnah dan membukukannya, maka ini hanya terjadi pada masa permulaan Islam kerana tiga alasan:

Pertama, Sunnah dikhuatiri akan bercampur aduk dengan al-Qur‟an khususnya kaum muslimin ketika itu masih baru masuk Islam.

Kedua, menulis hadis pada masa itu dikhuatiri hanya bertumpu terhadap usaha penulisan sehingga hafalan dan usaha mendalaminya diabaikan.

Ketiga, penulisan hadis dikhuatiri akan mengakibatkan masyarakat awam hanya semata-mata mengutamakan hadis.

Pada akhirnya Nabi (s.a.w) sendiri bersabda:

“Tulislah oleh kamu daripada Abu Syaah (salah satu nama gelaran Nahi (s.a.w).”
Hal ini diperintahkan oleh Nabi (s.a.w) ketika baginda melihat bahawa hambatan dan kekhuatiran tersebut sudah tidak ada lagi.

Pembukuan hadis telah dimulai sejak permulaan abad kedua dan baru selesai pada abad ketiga. Dalam usaha membukukan hadis ini para imam mempunyai banyak jalur riwayat seperti yang telah kami kupas sebelum ini. Tanpa usaha mereka yang membukukan hadis, nescaya akan punahlah syi‟ar agama. Semoga Allah (s.w.t) memberikan pahala yang sebaik-baiknya kepada mereka di atas jasa mereka yang besar terhadap Islam.[alkhoirot.org]

Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini.. Konsultasi agama, kirim via email: alkhoirot@gmail.com

Untuk Konsultasi Agama kirim ke: alkhoirot@gmail.com atau info@alkhoirot.net
Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini!

EmoticonEmoticon