Al-Mufradat

Al-Mufradat ialah: Hanya seorang perawi sahaja yang dikenali dengan nama, gelaran dan panggilan tertentu dimana tidak ada perawi dan ulama lain yang menggunakan nama, gelaran dan panggilan tersebut.
Al-Mufradat
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

6 - Al-Mufradat:

Al-Mufradat ialah: Hanya seorang perawi sahaja yang dikenali dengan nama, gelaran dan panggilan tertentu dimana tidak ada perawi dan ulama lain yang menggunakan nama, gelaran dan panggilan tersebut.

Bahagiannya:

1 - Tidak ada persamaan pada nama:

Contohnya dari kalangan sahabat ialah: Sahabat yang bernama Ajmadu anak kepada Ujyan yang didatangkan dengan huruf (Jim), Jubaib bin Al-Harith dan ada yang mengatakan terdapat kesalahan pada nama tersebut malah ada yang mengatakan bahawa namanya ialah Khubaib yang didatangkan dengan huruf (Kha'), Syakal bin Humaid Al-Ubbasi, Suda bin Ujlan Abu Umamah dan Sanabikh bin Al-Aa'sar.

Perawi yang bukan dari kalangan sahabat pula ialah: Ausat bin Amru Al-Bajali beliau adalah dari kalangan taabi'ee, Tadum bin Sabah Al-Kala'i, Jilan bin Farwah, Zar bin Hubaisy, Sua'ir bin Al-Khams dan Mustamir bin Ar-Rayan.

2 - Tidak ada persamaan pada panggilan:

Contohnya Abu Al-Ubaidain dimana namanya ialah Muawiah bin Sabrah dari sahabat Ibnu Mas'ud, beliau telah meriwayatkan dua atau tiga Hadis, Abu Al-Usyara' Ad-Darimi dimana nama beliau ialah Usamah bin Malik bin Qahtum dan Abu Mu'aid dimana nama beliau ialah Hafs bin Ghailan Al-Hamdani yang telah diriwayatkan daripada Makhul dan selain daripadanya.

3 - Tidak ada persamaan pada gelaran:

Contohnya Safinah bekas hamba Nabi s.a.w. Hanya beliau sahaja yang digelarkan dengan gelaran tersebut dimana namanya ialah Mahran, begitu juga gelaran yang diberikan kepada Amru dengan nama Mindal bin Ali dan gelaran Suhnun atau Sahnun kepada Abdul Salam bin Sa'id At- Tanukhi.

Faedahnya:

Ia merupakan satu seni yang elok yang terdapat pada akhir bab dan faedahnya juga ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan pada nama-nama berikut

7 - Di antara nama-nama, gelaran dan panggilan yang berbeda:

Apa yang dimaksudkan ialah: Seorang perawi yang disebut nama atau sifat yang berbeza daripada panggilan dan gelaran atau keturunan, samada dari kalangan perawi yang meriwayatkan Hadis daripadanya. Perawi-perawi tersebut telah diberitahu kesemua perkara yang berkaitan dengannya tetapi mereka tidak pula memberitahu kepada perawi yang lain atau pun daripada seorang perawi yang meriwayatkan Hadis daripadanya kadangkadang memberitahu dengan nama ini kadang-kadang memberitahu dengan nama yang lain. Tindakan sebegini boleh menimbulkan kesamaran kepada orang yang tidak mengetahui daripadanya bahkan berlaku juga kesamaran dari kalangan orang alim dan kalangan Hafiz seperti: Muhammad bin As-Saib Al-Kalabi seorang yang alim dalam pentafsiran keturunan beliau juga salah seorang yang meriwayatkan Hadis Dhaif beliau ialah Abu An-Nadr yang telah meriwayatkan Hadis Tamim Ad-Dari dan Adi bin Bada' dalam kisah keduanya diturunkan Ayat ( يا أيها الذين آمنوا شهادة بينكم )Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman bersaksilah di antara kamu yang diriwayatkan daripadanya oleh Aazan dari Ibnu Abbas, Muhammad bin Sa'ib panggilannya
ialah Abu An-Nadr dan Hamad dari Sa'ib yang meriwayatkan Hadis: ( ذكاة كل مسك دباغو ). yang diriwayatkan daripadanya daripada Ishak daripada Abdullah bin Al-Harith daripada Ibnu Abbas - Abu Usamah Hamad bin

Usamah, yang dinamakannya dengan Hammada yang diambil daripada Muhammad, beliau ialah Abu Said dimana Atiah Al-Aufi At-Tafsir telah meriwayatkan Hadis daripadanya beliau dipanggil dengan nama yang demikian untuk menimbulkan keraguan kepada orang ramai bahawasanya beliau telah meriwayatkan Hadis daripada Abu Said Al-Khudri, beliau ialah Abu Hisyam dimana Hadis daripadanya telah diriwayatkan oleh Al- Qasim bin Al-Walid Al-Hamdani daripada Abi Soleh daripada Ibnu Abbas sebuah Hadis: ( ( لما نزلت قل ىو القادر Al-Hadis, dipanggilkan dengan nama anaknya Hisyam yaitu Muhammad bin As-Saaib bin Basyar yang Hadisnya juga diriwayatkan oleh Ibnu Ishak

Faedahnya:

Ilmu ini sangat diperlukan untuk mengenal pasti Hadis Tadlis.

8 - Panggilan:

Pengertiannya:

Panggilan yaitu الكُنى : adalah kata jamak كنية Ianya adalah panggilan bagi ayah, ibu, anak lelaki atau perempuan, saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara datuk atau nenek yang dikehendaki disini ialah mengetahui dan mengenal pasti nama-nama dan gelaran.

Bahagiannya:

Ia terbahagi kepada sembilan bahagian yang diperkenalkan oleh Ibnu Solah ialah:

1 - Mereka yang mempunyai nama yang sama dengan gelarannya dimana nama mereka adalah gelaran kepada mereka dan mereka juga tidak mempunyai nama yang lain di sini terdapat dua contoh:

Pertama: Orang yang mempunyai panggilan yang lain selain dari panggilan namanya seperti Abu Bakar bin Abdul Rahman bin Al-Harith bin Hisyam Al-Makhzumi namanya ialah Abu Bakar manakala panggilannya ialah Abu Abdul Rahman.

Kedua: Orang yang tidak ada panggilan yang lain selain dari namanya seperti Abi Bilal Al-Asyari yang meriwayatkan dari Syarik.

2 - Mereka yang hanya dikenali dengan panggilannya sahaja dan tidak dikenali dengan nama dan keadaan mereka adakah itu panggilan kepada mereka atau pun tidak, seperti Abi Muaihabah budak suruhan Rasulullah s.a.w.

3 - Mereka yang digelarkan dengan panggilannya dimana mereka mempunyai nama dan panggilan yang lain seperti Abi Turab dimana namanya ialah Ali bin Abu Talib, manakala panggilannya ialah Abu Al-Hasan, dimana Nabi s.a.w telah menggelarkannya ketika Baginda s.a.w berkata kepadanya: Bangunlah wahai Abu Turab, ketika itu beliau sedang tidur di atasnya yaitu di atas tanah.

4 - Orang yang mempunyai dua panggilan atau lebih seperti Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraih beliau mempunyai dua panggilan yaitu Abu Al-Walid dan Abu Khalid.

5 - Orang yang mempunyai perbezaan pada panggilannya lebih daripada dua panggilan tanpa menyebut namanya seperti Usamah bin Zaid, dikatakan panggilan beliau ialah Abu Zaid, dan dikatakan juga: Abu Muhammad, juga ada yang mengatakan: Abu Abdullah dan dikatakan juga: Abu Kharijah.

6 - Orang yang dikenali melalui panggilannya tetapi berbeza pada namanya seperti Abu Basrah Al-Ghifari dimana nama beliau ialah: Humail dengan huruf (Ha') yang berbaris hadapan dan namanya juga ialah Bajil dengan huruf (Jim) yang berbaris atas.

7 - Orang yang berbeza pada nama dan berbeza juga pada panggilannya seperti Safinah budak suruhan Rasulullah s.a.w yang dikatakan namanya ialah Umair dan dikatakan juga namanya ialah Soleh, dan ada juga yang mengatakan namanya ialah Mahran, manakala panggilannya pula ialah Abu Abdul Rahman dan dikatakan juga panggilannya ialah Abu Al-Bakhtari.

8 - Orang yang dikenali melalui nama dan panggilannya dimana tidak ada perbezaan di antara keduanya seperti Abu Abdullah Malik bin Anas, Abu Abdullah Muhammad bin Idris Asy-Syafie dan Abu Hanifah An-Nu'man.

9 - Orang yang masyhur dengan panggilannya serta diketahui namanya seperti Abu Idris Al-Khaulani Aa'izillah bin Abdullah

Faedahnya:

Untuk mengetahui nama-nama yang mempunyai panggilan yang lain agar seorang rawi itu tidak dianggap dua orang di sana terdapat jenis lain yang bertentangan dengan jenis ini, apa yang dimaksudkan dengannya ialah mengetahui panggilan mereka yang masyhur dengan nama mereka dan menjadikannya satu bahagian dari bahagian-bahagiannya.

9 - Gelaran:

Pengertiannya:

الألقاب ialah perkataan jamak dari kalimah: لقب yaitu gelaran yang disifatkan kepada seseorang sama ada puji atau pun keji dan yang dimaksudkan dengannya ialah untuk mengetahui gelaran perawi supaya tidak disangkakan sebagai nama yang ramai dan supaya orang yang meletakkan namanya pada satu tempat manakala di tempat yang lain pula dimasukkan dengan gelarannya, dan ini tidaklah dianggap sebagai dua orang yang berlainan, sebagaimana yang telah disepakati oleh pengarang, dan ianya terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama: Gelaran yang harus diperkenalkanya yaitu gelaran yang tidak ditegahkannya.

Kedua:

Gelaran yang tidak harus diperkenalkannya tetapi ia bukanlah gelaran yang ditegah dan disini adalah beberapa contoh yang terpilih di antaranya ialah kata-kata Al-Hafiz Abdul Ghani bin Said Al-Masri Dua orang lelaki yang mulia digelarkan dengan gelaran yang buruk:

Sesat: Gelaran kepada Muawiah bin Abdul Karim. Beliau tersesat di jalan Kota Mekah.

Lemah: Digelarkan kepada Abdullah bin Muhammad dimana beliau adalah seorang yang lemah tubuhnya.

Dikatakan juga, beliau digelarkan dengan demikian kerana terlalu halus dan terperinci didalam penjagaan.

Rosak: Gelaran kepada Muhammad bin Al-Fadl Abu Nu'man dimana beliau tidak bersifat demikian.

Petir: Gelaran kepada Muhammad bin Abdul Rahim Abu Yahya, beliau digelarkan dengan demikian kerana terlalu perihatin dalam penjagaannya.

Faedahnya:

Untuk membezakan antara gelaran dengan nama supaya tidak berlaku kesamaran dan tidak disangkakan bahawa kedua-duanya adalah dua nama.


10 - Dinisbahkan kepada selain daripada ayah mereka:

Yang dimaksudkan dengannya ialah: Untuk mengetahui siapakah di kalangan perawi yang dinisbahkan kepada selain dari ayah mereka.

Bahagiannya:

Orang yang dinisbahkan kepada selain daripada ayah mereka terbahagi kepada empat bahagian:

1 - Orang yang dinisbahkan kepada ibu mereka seperti Muaz, Mauz dan Wauz (atau Auf anak-anak Ufara' binti Abid bin Tha'labah dimana bapanya ialah Al-Haris bin Rifaah bin Al-Harith dari bani An-Najjar, di antara mereka juga ialah Bilal bin Hamamah, tukang azan sahabat Rasulullah s.a.w) bapanya ialah Rabah, diantara mereka juga ialah Sahl, Suhail dan Safuan anak-anak Baida' bapanya ialah Wahab bin Rabi'ah bin Amru bin Amir Al-Qursyi Al-Fahri dan selain daripada mereka itu.

2 - Dinisbahkan kepada nenek-nenekd mereka seperti Yu'la bin Munyah, dimana beliau adalah dari kalangan sahabat yang masyhur dan Munyah ialah ibu kepada bapanya.

3 - Orang yang dinisbahkan kepada datuk mereka seperti Abi Ubaidah bin Al-Jarah, beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-Jarah, dan juga Majma' bin Jariah, dimana beliau ialah Majma' bin Yazid bin Jariah.

4 - Orang yang dinisbahkan kepada selain daripada bapa mereka kerana sebab-sebab tertyentu, seperti Miqdad bin Amru bin Thaalabah Al-Kandi, yang dinamakan dengan Ibnu Aswad kerana beliau berada di Hajarul Aswad bin Abdu Yaghuth lalu dijadikan anak angkatnya.

Faedahnya:

Untuk menolak sangkaan terhadap berbilangnya Nasab perawi Hadis kepada bapa-bapa mereka.
LihatTutupKomentar