Matan Hadits

Matan Hadits Yaitu apa yang berakhir kepadanya sanad dari perkataan tanpa diambil kira sama ada daripada Nabi s.a.w ataupun daripada orang lain. Contohnya: Diriwayatkan daripada Imam Muslim di dalam sahihnya, katanya: Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah daripada Hisyam daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah daripada nabi s.a.w bersabda:
Matan Hadits
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

B. MATAN

Pengertiannya pada bahasa:

Diambil dari kalimah ( المماتنة ) yang bermakna jauh dari matlamat kerana matlamat ialah sanad ataupun dari kalimah ( متنت الكبش ) maksudnya apabila disiat kulitnya maka menjadi putih dan dikeluarkan seolah-olah Musnad mengeluarkan matan dengan sanadnya atau diambil dari kalimah ( المتن ) yaitu tanah yang tinggi kerana Musnad yang dikuatkan dengan sanad dan diangkat kepada orang yang meriwayatkannya, atau diambil dari kalimah تمتين القو) ) yaitu menguatkannya kerana Musnad menguatkan Hadis dengan sanadnya.

Pengertiannya dari sudut istilah:

Yaitu apa yang berakhir kepadanya sanad dari perkataan tanpa diambil kira sama ada daripada Nabi s.a.w ataupun daripada orang lain.

Contohnya:

Diriwayatkan daripada Imam Muslim di dalam sahihnya, katanya: Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah daripada Hisyam daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah daripada nabi s.a.w bersabda:

(Seorang lelaki tidak boleh meminang tunang saudaranya dan jangan menawar belian yang sedang ditawar oleh saudaranya dan jangan mengahwini perempuan dengan bapa saudaranya dan dengan datuknya dan jangan di kalangan perempuan meminta perceraian saudaranya untuk dia mengahwininya, sesungguhnya semua itu telah ditetapkan oleh Allah baginya) Mereka ini ialah perawaiperawi yang telah meriwayatkan satu Hadis daripada orang lain, dan daripada Nabi s.a.w mereka ini dikenali sebagai perawi Hadis. Adapun rantaian sambungan itu dinamakan: Sanad, kadang-kadang disebut juga: Isnad.

Adapun yang berakhir sanad kepadanya dari kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat Nabi s.a.w maka ia dinamakan matan yaitu pada Hadis tersebut, lafaz-lafaz itulah yang keluar daripada daripada Nabi s.a.w.

C. TARAF

Pengertiannya dari sudut bahasa:

Taraf ialah satu kumpulan atau satu bahagian daripada sesuatu.

Pengertiannya dari sudut istilah:

Yaitu satu jumlah yang boleh memberi faedah dari matan Hadis yang menunjukkan kepada kata-kata Nabi s.a.w, perbuatan, pengakuan atau dari sifat-sifatnya. Taraf bermula dari awal matan, ataupun sebahagian daripadanya yang menunjukkan kepada kata-kata, perbuatan atau pengakuan dan ianya boleh membezakan di antara matan-matan Hadis.
LihatTutupKomentar