Peringkat Perawi Hadits

Perawi Hadits / Peringkat-peringkat Hadits Faedah mengetahui peringkat perawi: Mengetahui peringkat-peringkat perawi merupakan salah satu bahagian daripada Ilmu Rijal dan ianya mempunyai faedah yang besar, Ibnu Hajar berkata: Ia adalah (untuk menyelamatkan pemalsuan-pemalsuan, dan untuk membolehkan mengetahui setiap kesamaran yang berlaku bagi mengetahui hakikat yang sebenar, yang dikehendaki daripada riwayat An'anah.
Peringkat Perawi Hadits

Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

IV. Perawi Hadits / Peringkat-peringkat Hadits

Faedah mengetahui peringkat perawi:

Mengetahui peringkat-peringkat perawi merupakan salah satu bahagian daripada Ilmu Rijal dan ianya mempunyai faedah yang besar, Ibnu Hajar berkata: Ia adalah (untuk menyelamatkan pemalsuan-pemalsuan, dan untuk membolehkan mengetahui setiap kesamaran yang berlaku bagi mengetahui hakikat yang sebenar, yang dikehendaki daripada riwayat An'anah.

Pengertian peringkat dari sudut bahasa:

Yaitu satu kaum yang mempunyai kesamaran.

Pengertiannya dari sudut istilah:

Yaitu satu jemaah yang mempunyai kesamaran pada umur (walaupun sedikit) pada masa menemui Syeikh.

Pembahagian peringkat-peringkat perawi:

Adapun pembahagian peringkat-peringkat perawi merupakan satu perkara iktibari ataupun istilahi sebagaimana
yang dikatakan oleh Ibnu Kasir.

A. SAHABAT

Sahabat dari sudut bahasa:
Ianya adalah مصدر bererti ( الصحبة ) darinya juga terdapat perkataan ( الصحابي ) dan ( الصاحب ) malah perkataan
jamaknya yaitu dalam bentuk jumlah ialah أصحاب dan . صحب

Sahabat dari sudut istilah:

Yaitu mereka yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w dan bertemu dengannya, serta beragama Islam, pernah berada dalam majlisnya walaupun seketika dan mati dalam Agama Islam.

Peringkat-peringkat sahabat:

Mereka yang dikira sebagai sahabat, semuanya dalam satu peringkat yang sama dilihat dari persahabatan dengan Nabi s.a.w kemudian dilihat pula kepada Taabi'een dan orang yang selepas mereka dan semua ini menjadi bukti dengan sabda Nabi s.a.w: (Sebaik-baik kurun ialah kurunku kemudian mereka selepasnya, kemudian mereka yang selepas daripada mereka itu) baginda menyebut selepas dari kurunnya dengan dua kurun atau tiga kurun.

Ada juga di kalangan Ulama yang membahagikan sahabat kepada peringkat-peringkatnya mengikut siapa yang terdahulu memeluk Islam, penghijrahan mereka dan syahid mereka dalam peperangan yang utama seperti peperangan Badar dan perjanjian Radwan, dan selainnya dari sudut martabat dan darjat.

Ibnu Said pula telah membuat pembahagian tentang sahabat dalam kitabnya ( الطبقات الكبرى ) kepada lima peringkat: Dimulai dengan sahabat yang mengikuti peperangan Badar dari kalangan Muhajirin kemudiannya pula dari kalangan Ansar yang mengikuti peperangan Badar, kemudian mereka yang memeluk Islam dari kalangan Muhajirin dan dari kalangan Ansar yang tidak mengikuti peperangan Badar, kemudian mereka yang memeluk Islam sebelum pembukaan Kota Mekah dan seterusnya mereka yang memeluk Islam selepas pembukaan Kota Mekah.

Sesungguhnya Ibnu Said telah membuat pembahagian peringkat sahabat mengikut zaman dan tempat. Ibnu Kasir berkata: (Diantara kitab yang paling jelasa membicarakan kedudukan peringkat sahabat ialah kitab Muhammad bin Said pengarang Al-Waqidi. Ibnu Hajar berkata mengenainya: (Penulisannya adalah lebih menyeluruh dari apa yang pernah disusun).

Manakala Al-Hakim An-Naisaburi telah membuat pembahagian sahabat dalam kitabnya ( ( معرفة علوم الحديث kepada dua belas peringkat:

1- Kaum yang telah memeluk Islam di Mekah seperti Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.

2- Ashab Darul An-Nadwah.

3- Mereka yang berhijrah ke Habsyah.

4- Mereka yang menyertai perjanjian Aqabah yang pertama.

5- Mereka yang menyertai perjanjian Aqabah yang kedua.

6- Orang yang pertama dari kalangan Muhajirin yang sampai kepada Rasulullah s.a.w di Quba' sebelum mereka memasuki Kota Madinah.

7- Mereka yang mengikuti peperangan Badar.

8- Mereka yang berhijrah di antara peperangan Badar dan Hudaibiyah.

9- Mereka yang menyertai perjanjian Radwan.

10- Orang yang berhijrah di antara perjanjian Hudaibiah dan pembukaan Kota Mekah.

11- Orang yang memeluk Islam semasa Pembukaan Kota Mekah.

12- Bayi dan kanak-kanak yang pernah melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan Kota Mekah, semasa Haji Wida' dan selainnya.

Mengenali sahabat merupakan perkara asas untuk mengetahui Mursal dan Musnad. Al-Hakim menerangkan kepentingan mengetahui sahabat: (Sesiapa yang mengetahui sahabat maka dia adalah seorang Hafiz yang sempurna, sesungguhnya aku telah melihat sekumpulan dari guru-guruku meriwayatkan Hadis Mursal daripada taabi'ee daripada Rasulullah s.a.w dan menyangkanya sebagai sahabat, boleh jadi mereka meriwayatkan Musnad daripada sahabat dan menyangkanya sebagai Tabi'in).

Kedudukan sahabat semuanya adil, sempena dengan pujian Allah ke atas mereka di dalam Al-Quran dan pujian Rasulullah s.a.w kepada mereka. Firman Allah s.w.t mengenai sifat orang-orang Muhajirin dan Ansar yang bermaksud: (Pemberian itu hendaklah diberikan kepada orang-orang fakir yang berhijrah dan diusir dari kampung halaman dengan meninggalkan harta benda mereka untuk mencari limpah kurnia serta keredaan daripada Allah, dan merekalah yang telah menolong agama Allah serta Rasulnya, itulah orang-orang yang benar

* Dan orang-orang Ansar yang tinggal di Madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka). sahabat yang meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah s.a.w tidaklah sama, malah terdapat di antara mereka yang sedikit meriwayatkan Hadis dan ada di antara mereka yang banyak meriwayatkan Hadis. Di antara sahabat yang banyak meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah s.a.w ialah Abu Hurairah, Aisyah binti Abu bakar Ummul Mukminin, Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah Al-Ansari, Abu Said Al-Khudri, Abdullah bin Mas'ud dan Abdullah bin Amru bin Al-As.

Di antara penulisan sahabat yang termasyhur ialah:

الاستيعاب في أسماء الأصحاب) - 1 ) oleh Ibnu Abdul Al-Barri.

أسد الغابة في معرفة الصحابة) - 2 ) oleh Ibnu Asir Al-Juzri.

الإصابة في تمييز الصحابة) - 3 ) oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

الطبقات الكبرى) - 4 ) oleh Ibnu Said.

B. TABI’IN

Taabi'ee pada bahasa:

Nama terbitan ( اسم فاعل ) daripada perkataan ( تبعو ) tabi'ahu yang bererti berjalan di belakangnya manakala jamaknya (kata jamak) pula ialah At-Taabi'uun ( التابعون ) atau At-Taabi'iyyun ( . (التابعيون

Dari sudut istilah:

Orang yang sempat hidup bersama para sahabat. Ini adalah pendapat Al-Khatib Al-Hafiz. Penggunaan lafaz tabi'i dikhaskan kepada ( التابع بإحسان ) pengikut perkara-perkara yang baik. Mengikut pendapat Al-Hakim dan juga selain daripadanya bahawa lafaz At-Taabi'ee memadai diistilahkan bagi orang yang mendengar Hadis daripada sahabat atau menemuinya walaupun tidak biasa bersahabat (tidak begitu akrab) atas dasar berjumpa dan melihat, malah istilah ini lebih hampir kepada istilah sahabat mengikut maksud yang terdapat di dalam dua perkataan tersebut.

Peringkat-peringkat taabi'een:

Sebagaimana orang ramai berselisih pendapat pada peringkat-peringkat sahabat mereka juga berselisih pendapat tentang peringkat-peringkat taabi'een malah ada yang berpendapat mereka adalah satu peringkat yang sama.

Al-Hakim mengkategorikan mereka di dalam kitabnya kepada lima belas peringkat.

Peringkat yang teratas di kalangan mereka: Peringkat pertama: Orang-orang yang termasuk dari kalangan sepuluh orang pertama seperti Qais bin Abu Hazim dan Abu Othman An-Nahdi. Peringkat yang berada di bawah peringkat ini ialah peringkat taabi'een yang dilahirkan semasa Nabi s.a.w masih hidup dan dari kalangan anak-anak sahabat. Al-Hakim mengkatogerikan mereka daripada golongan taabi'een manakala sesetengah yang lain mengkategorikan mereka sebagai sahabat Kecil kerana mereka sempat melihat Nabi s.a.w seperti Abdullah bin Abu Talhah, Abu Amamah As'ad bin Sahl bin Hanif, dan Abu Idris Al-Khulani.

Peringkat kedua: Golongan Al-Mukhadramun dari kalangan taabi'een.

Golongan Al-Mukhadramun ialah orang yang sempat hidup pada zaman Jahiliah dan pada zaman Rasulullah s.a.w serta memeluk Islam tetapi bukan golongan sahabat. Al-Khadramah: Ialah terputus yaitu seolah-olah mereka telah diputuskan pandangan mereka daripada sahabat. Muslim mengira jumlah mereka seramai lebih kurang dua puluh orang. Antara mereka: Abu Amru As-Syaibaani, Suwaid bin Ghafalah, Amru bin Maimun, Abu Othman An-Nahdi, Abu Al-Halal Al-Ataki dan Abdul Khair bin Yazid Al-Khaiwaani. Ibnu Solah berkata:
Antara mereka yang tidak disebut oleh Muslim ialah Abu Muslim Al-Khaulaani dan Abdullah bin Thaub.

Sesetengah daripada mereka menambah: Abdullah bin Akim dan Al-Ahnaf bin Qais.

Peringkat yang ketiga: Dari kalangan taabi'een yang terkemuka.

Tujuh orang Ahli Feqah dari penduduk Madinah dan mereka ialah Said bin Al-Musayyab, Al-Qasim bin Muhammad, Urwah bin Az-Zubair, Kharijah bin Zaid, Abu Salamah bin Abdul Rahman, Ubaidullah bin Abdullah bin bin Utbah dan Sulaiman bin Yasar. Manakala yang lain ialah orang yang sempat bertemu dengan Anas bin Malik, mereka adalah dari kalangan penduduk Basrah dan orang yang sempat bertemu dengan Abdullah bin Abu Aufa yaitu dari kalangan penduduk Kufah.

Ibnu Saad mengkategorikan taabi'een kepada tiga peringkat berdasarkan bandar-bandar yang mereka duduki.

Peringkat pertama ialah di Madinah Munawwarah dan mereka yang tinggal di dalamnya dibahagikan kepada beberapa Peringkat. Kemudian mereka yang tinggal di Mekah dan mereka juga dibahagikan kepada beberapa bahagian. Seterusnya mereka yang tinggal di Taif, Yaman, Yamamah, Bahrain, Kufah, Basrah, Wasit, Madain, Baghdad, Khurasan, Syam, Jazirah, Mesir, Ailah (Palestin), Afrika dan Andalus.
Faedah mengetahui golongan taabi'een:

Faedah mengetahui golongan taabi'een adalah juga seperti faedah mengetahui golongan sahabat, kerana dengan pengetahuan ini kita dapat mengetahui Hadis Mursal, Hadis Muttasil dan dapat mengesan tempat yang menjadi keraguan dan menghilangkan kesamaran yang timbul hasil daripada kejahilan terhadap nama-nama perawi Hadis, tempat tinggal mereka dan lain-lain.

Tabi'in yang terbaik:

Ulama telah berselisih pendapat tentang siapakah taabi'een yang terbaik؟ Taabi'een yang termasyhur ialah Said bin Musayyab yaitu mengikut pendapat Ahmad bin Hambal dan selain daripadanya. Penduduk Basrah berpendapat: Al-Hasan. Penduduk Kufah pula berpendapat: Alqamah dan Al-Aswad dan sesetengah mereka berpendapat: Uwais Al-Qurni. Penduduk Mekah berpendapat: Ata' bin Abu Rabah.

Taabi'een dari golongan wanita yang terkenal ialah:

Hafsah binti Sirin, Amrah binti Abdul Rahman, dan Ummu Ad-Darda' As-Sughra r.a.

C. PENGIKUT TABI’IN

Mereka ialah orang yang tidak menemui sahabat sebaliknya mereka menemui seorang taabi'ee atau lebih serta mengambil Hadis daripadanya.

Peringkat-peringkat pengikut taabi'een.

1 - Peringkat taabi'een yang masih kecil semasa sahabat dan tidak bertemu mereka.

2 - Peringkat pengikut taabi'een yang termasyhur.

3 - Peringkat pengikut taabi'een yang pertengahan.

4 - Peringkat pengikut taabi'een yang bawahan.

D. PENGIKUT DARI PENGIKUT TABI’IN (TABI'IT TABI'IT TABI'IN)

Ialah orang yang menemui seorang atau lebih daripada pengikut taabi'een dan mengambil Hadis daripadanya.

Peringkat pengikut kepada pengikut taabi'een.

1 - Golongan termasyhur yang mengambil Hadis daripada pengikut kepada pengikut taabi'een.

2 - Golongan pertengahan daripada mereka.

3 - Golongan bawahan yang mengambil Hadis daripada pengikut kepada pengikut taabi'een.
LihatTutupKomentar