10/27/2019

Tingkatan Jarah (Cacat) Perawi Hadits

Tags


Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

II. TINGKATAN JARAH (KECACATAN) PERAWI HADITS

Yaitu beberapa peringkat yang kita sebutkan perawi yang lemah dan yang amat lemah, sebagaimana yang disusun oleh Al-Hafiz Al-Iraqi dalam kitab ( التقييد والإيضاح ) terdapat enam martabat.

A. Pertama Mereka yang meriwayatkannya lebih daripada seorang tetapi tidak boleh dipercayai.

Bentuk lafaz yang digunakan: Tidak dikenali atau tidak diketahui keadaannya

Apakah boleh berhujah dengan mereka? Tidak boleh berhujah.

Bolehkah mengambil Hadis dari mereka? Ya, berserta dalil.

B. Kedua Mereka yang tiada pengiktirafan (pengakuan) daripada ulama muktabar dan juga dikatakan lemah (Dhaif) samada dijelaskan atau tidak.

Bentuk lafaz yang digunakan: Lemah (Dhaif).

Apakah boleh berhujah dengan mereka? Tidak boleh berhujah.

Bolehkah meriwayatkan Hadis dari mereka؟ Ya, berserta dalil dan penyesuaian.

C. Ketiga Mereka yang tidak pernah diriwayatkan Hadis daripadanya melainkan seorang sahaja dan tidak mendapat pengiktirafan.

Bentuk lafaz yang digunakan: Tidak dikenali.

Apakah boleh berhujah dengan mereka؟ Tidak boleh berhujah.

Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka؟ Ulama berselisih pendapat dalam peerkara ini dan yang paling tepat, jika mereka yang tidak dikenali itu dari kalangan Tabi'ee atau yang dekat dengan Tabi'ee boleh meriwayatkan Hadis mereka,tetapi berserta dalil dan
persesuaian. Sekiranya mereka agak terkebelakang,maka dikira dari sudut Hadis mereka sama ada diriwayatkan secara munkar atau ragu maka ianya ditolak, tetapi jika menepati dengan orang yang diakui maka boleh
diriwayatkan darinya.

D. Keempat Mereka yang tidak diakui langsung dan dhaif serta dicela

Bentuk lafaz yang digunakan: Tinggal, Hadis yang ditinggalkan.

Apakah boleh berhujah dengan mereka? Tidak boleh.

Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka? Tidak boleh, kecuali untuk membedakannya dari Hadis sahih supaya tidak keliru.

E. Kelima Mereka yang dituduh menipu atau mereka-reka cerita.

Bentuk lafaz yang digunakan: Dituduh penipu, mereka-reka cerita.

Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada merek? Tidak boleh, melainkan untuk membezakannya dari Hadis Sahih supaya tidak keliru.

F. Keenam Mereka yang disifatkan sebagai menipu dan mereka-reka cerita.

Bentuk lafaz yang digunakan: Penipu, pereka cerita dan pembuat Hadis palsu.

Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka؟ Tidak, kecuali untuk membezakannya dari Hadis sahih supaya tidak keliru.

Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini.. Konsultasi agama, kirim via email: alkhoirot@gmail.com

Untuk Konsultasi Agama kirim ke: alkhoirot@gmail.com atau info@alkhoirot.com
Dapatkan buku-buku Islam karya A. Fatih Syuhud di sini!

EmoticonEmoticon