Kedudukan Sanad Perawi Hadits

Kedudukan Sanad Perawi Hadits Asas sanad pada permulaan adalah antara keistimewaan umat ini dan salah satu daripada sunnah besar yang dituntut. Abdullah bin Mubarak berkata: (Sanad ialah sebahagian dari agama, kalaulah tidak kerana sanad, pasti siapa sahaja akan berkata apa yang dia mahu).
Kedudukan Sanad Perawi Hadits
Nama kitab: Terjemah Musthalah Hadits (Mustholah Hadis)
Judul kitab asal: Musthalah Al-Hadits (Al-Hadith)
Penulis:
Penerjemah:
Bidang studi: Ilmu Hadits / MUSTHOLAH HADITS

Daftar Isi Kitab

KEDUDUKAN SANAD

I. SANAD TERDEKAT DAN JAUH

Asas sanad pada permulaan adalah antara keistimewaan umat ini dan salah satu daripada sunnah besar yang dituntut. Abdullah bin Mubarak berkata: (Sanad ialah sebahagian dari agama, kalaulah tidak kerana sanad, pasti siapa sahaja akan berkata apa yang dia mahu).

Pengertian mengikut bahasa: Al-Aali اسم فاعل daripada ( العلو ) lawan النزول dan Nazil اسم فاعل daripada ( . (النزول

Mengikut istilah:

1- Sanad yang dekat (Aali): Ialah sanad yang hampir dengan Rasulullah s.a.w dimana bilangan perawinya adalah kurang, berbanding dengan sanad yang lain dimana terdapat ramai perawi pada Hadis yang sama atau jika dinisbahkan kepada sanad-sanad.

2- Sanad yang jauh (Nazil): Ialah sanad yang berlawanan dengan sanad yang tinggi dimana bilangan perawinya lebih ramai berbanding dengan sanad-sanad lain yang lebih sedikit perawi-perawinya, pada Hadis yang sama. Ini bermakna satu Hadis yang disebut (warid) melalui dua cara atau dua sanad yang berbeza dimana salah satu bilangan perawinya kurang dari yang satu lagi, maka sanad yang kurang bilangan perawi dinamakan sanad yang dekat (Aali) dan yang satu lagi sebagai sanad yang jauh (Nazil).

Manakah yang lebih baik: Sanad yang dekat atau yang jauh؟ Yang penting ialah sahih sesuatu sanad bukannya dekat, sesungguhnya tidak boleh dilihat kepada dekat sesuatu sanad sedangkan terdapat dhaif atau rekaan.

Apabila sesuatu sanad yang dekat (Aali) kedudukannya sahih, itu adalah yang paling mulia dan utama kerana apabila makin bertambah bilangan perawi makin terdedah kepada kesilapan, tetapi sekiranya makin kurang bilangan perawi maka itu adalah lebih selamat.

II. HUBUNGAN DI KALANGAN PERAWI

A. Riwayat Orang Dewasa Dari Anak Anak

Orang yang lebih muda

Pengertiannya pada bahasa:
الأكابر adalah jamak daripada ( أكبر ) dan الأصاغر jamak أصغر dan maksudnya ialah riwayat orang yang lebih tua daripada yang lebih muda.

Pengertiannya pada istilah:

Orang yang lebih tua atau berkemampuan meriwayatkan Hadis dari mereka yang lebih muda samada dari sudut umur atau kemampuan atau kedua-duanya. Sebagai penunjuk dalam bab ini, sabda Rasulullah s.a.w dalam khutbahnya tentang seorang yang bernama Tamim ad-Daari mengenai ceritanya tentang beliau melihat dajjal di sebuah pulau.

Faedahnya:

1- Supaya tiada yang menyangka bahawa orang yang diriwayakan Hadis daripadanya lebih afdhal dan tua daripada orang yang mengambilnya , kerana begitulah kebiasaannya. Sesungguhnya telah jelas daripada Aisyah r.a katanya (Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami supaya meletakkan seseorang mengikut kedudukannya).

2- Supaya tiada yang menyangka berlaku pertukaran dalam sanad, kerana kebiasaannya orang yang lebih muda meriwayatkan daripada orang tua dan lebih berkemampuan.Ini boleh berlaku sebagaimana contoh berikut:

1- Bahawa perawi lebih tua dan lebih tinggi peringkatnya dari orang yang diriwayatkan daripadanya, seperti Az-Zuhri meriwayatkan dari Malik.

2- Bahawa perawi lebih berkemampuan daripada orang yang diriwayatkan daripadanya, kerana beliau adalah hafiz lagi alim sementara orang yang diriwayatkan daripadanya itu cuma seorang syeikh perawi sahaja seperti Malik dalam riwayatnya dari Abdullah bin Dinar.

3- Bahawa perawi mempunyai kedua-dua kelebihan samada dari sudut umur atau kemampuan. Diantaranya ialah riwayat sahabat daripada taabi'ee seperti riwayat Abadillah (Abdullah) dan lain-lain sahabat daripada Ka'ab Al-Ahbar.

B. Riwayat Bapak Dari Anak

Pengertiannya:

Ialah terdapat dalam sanad Hadis bahawa bapa meriwayatkan Hadis daripada anaknya.

Faedahnya:

Supaya tiada yang menyangka berlaku pertukaran dalam sanad, kerana kebiasaannya riwayat berlaku demikian.

C. Riwayat Anak Dari Bapak

Pengertiannya: Ialah terdapat dalam sanad Hadis bahawa anak meriwayatkan daripada ayahnya sahaja atau ayahnya dari datuknya.

Faedahnya:

1 - Penyelidikan untuk mengenali nama ayah atau datuk jika tiada penjelasan namanya.

2 - Penjelasan maksud datuk, apakah datuk anak atau datuk ayah.

D. RiwayatAqran

Pengertiannya pada bahasa: الأقران adalah jamak daripada ( قرين ) bermaksud yang berdamping.

Pengertiannya pada istilah:

Sebaya pada umur dan sanad, dan maksud sebaya pada sanad ialah perawi telah mengambil Hadis daripada syeikh sendiri atau daripada syeikh yang satu peringkat.

Pengertian riwayat Al-Aqran:

Ialah salah seorang daripada Aqran meriwayatkan Hadis daripada seorang lagi sementara perawi itu tidak meriwayatkan daripadanya.

E. Riwayat Mudabbaj

Mudabbaj pada bahasa:
اسم مفعول dari ( التدبيج ) dengan makna ( التزيين. التدبيج ) adalah pecahan dari ديباجتي الوجو yaitu dua belah pipi, seolaholah
المدبج dinamakan begitu kerana persamaan antara perawi dengan orang yang diriwayatkan daripadanya sebagaimana persamaan kedua-dua belah pipi.

Pengertiannya pada istilah:

Dua orang Aqran saling meriwayatkan antara satu sama lain

Faedahnya:

1 - Memastikan tiada penambahan dalam sanad.

2 - Memastikan tiada penukaran (Dari) dengan (Dan), apabila diketahui bahawa dua perawi yang satu peringkat tidak mungkin mereka yang meriwayatkan daripada kedua-duanya menokok tambah atau menukar (Dari) pada perkataannya (Polan dari Polan) dan yang benar ialah (Polan dan Polan).

F. Riwayat Guru Dari Muridnya

Pengertiannya pada bahasa:

As-Sabik اسم فاعل dari ( السَّبْق ) dengan makna terdahulu, dan اللاحق اسم فاعل dari ( اللحاق ) dengan makna terkemudian, maksud di sini ialah perawi yang mati dahulu atau terkemudian.

Pengertiannya pada istilah:

Ialah dua perawi berkongsi dalam meriwayat Hadis daripada seorang syeikh sedangkan antara kedua perawi itu mati dalam jarak waktu yang jauh perbezaannya.

Faedahnya:

1- Sanad menjadi dekat dengan sebab perawi lebih dahulu mati.

2- Memastikan tiada berlaku pengguguran pada sanad.
LihatTutupKomentar